Aznel angkat sumpah setiausaha politik Menteri Besar Perak

IPOH, 15 Okt — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu Datuk Aznel Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Upacara angkat sumpah itu berlangsung di pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan memaklumkanĀ pelantikan Aznel yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik dibuat bagi menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini diberikan amanah baharu.



Menurut kenyataan itu, Iskandar Dzulkarnain diamanahkan mengurus hal ehwal berkaitan tanggungjawab Ahmad Faizal selaku Timbalan Presiden Bersatu dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button