Suspek pecah rumah, curi harta awam ditahan

Papar: Polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes pecah masuk rumah dan curi harta awam di daerah ini dalam serbuan berasingan di Kinarut dan Putatan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya menerima laporan sebuah premis di Kinarut dipecah masuk oleh orang tidak dikenali pada 30 Mac lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terdapat kesan umpilan di pintu besi dan pagar zink di kawasan stor dirobohkan, manakala mangga kunci dipotong serta dirosakkan dan beberapa barang hilang dengan jumlah kerugian RM3,000.



Katanya, berdasarkan maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan Balai Polis Kinarut melakukan tangkapan terhadap empat suspek berusia 32 hingga 43 tahun di Kinarut dan Putatan pada Selasa serta Rabu lalu.

“Susulan tangkapan itu, polis berjaya merampas sejumlah barang kes seperti generator, tong gas, pelbagai jenis kabel, alat pemotong dan komponen-komponen kereta.

“Turut dirampas sebuah Perodua Viva yang digunakan ketika melakukan kegiatan pecah rumah dan curi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil penahanan suspek, polis berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah dan curi harta awam di dalam daerah.



Katanya, siasatan ke atas empat suspek yang ditahan berperanan sebagai pencuri dan pembeli kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

METRO

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading