‘Bukan kontraktor bayar gaji pemain JDT’

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan bahawa gaji pemain Harimau Selatan dibayar oleh kontraktor.

Malah, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menegaskan bahawa wang kelab itu bukan datang dari Menteri Besar atau kerajaan.

Perkara berkenaan dimaklumkan beliau di laman Twitter miliknya, hari ini, sebagai menjawab persoalan yang diajukan oleh seorang pelayar media sosial itu bahawa gaji pemain JDT dibayar oleh kontraktor.



“Alhamdulillah, saya memang sudah lama mengalu-alukan soalan seperti ini. Pertama saya tak rasa apa-apa kerana selama 11 tahun dalam industri bola sepak tiada perkara yang baik pun dikatakan tentang JDT. Kami di JDT sudah biasa dengan perkara sebegini.

“Berkenaan dengan tuduhan yang mengatakan kontraktor bayar gaji pemain (JDT). Saya menyeru pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau mana-mana pemilik kelab bola sepak yang berminat, boleh datang sendiri dan periksa serta audit kewangan JDT termasuk sumber pendapatan dan perbelanjaan.

“Duit JDT datang daripada penaja serta duit saya dan Sultan Johor sendiri. Ini bukan duit dari Menteri Besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula dengan kelab anda?,” kata TMJ.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading