29 kakitangan Agrobank tamat pengajian AUACP

29 kakitangan Agrobank tamat pengajian AUACP

29 kakitangan Agrobank tamat pengajian AUACP
TENGKU Ahmad Badli Shah (tengah) bersama kakitangan Agrobank yang menamatkan pengajian dalam bidang sijil profesional Program Pensijilan Pertanian Agrobank-UPM (AUACP)

SERAMAI 29 kakitangan Agrobank menerima sijil graduasi kumpulan keempat selepas menamatkan pengajian dalam bidang sijil profesional Program Pensijilan Pertanian Agrobank-UPM (AUACP).

Program ini bertujuan mengukuhkan keupayaan dan kefahaman kakitangan bank dalam melaksanakan tugas harian, membabitkan aktiviti pemprosesan penilaian permohonan pembiayaan perniagaan, selain memahami perkembangan sektor pertanian semasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program ini memberi manfaat kepada hampir 150 kakitangan Agrobank.



Katanya, mereka bukan sahaja menimba ilmu bidang pertanian, malah memahami secara langsung mengenai aktiviti pertanian lebih menyeluruh.

“Hasil program ini, Agrobank melahirkan kakitangan lebih efisien dalam melaksanakan tugasan harian mereka.

“Program bermula sejak 2017 mendapat sokongan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diberi kepercayaan penuh melaksanakan program ini.

“Kami percaya dengan pengalaman mereka dalam bidang pertanian dan kepakaran UPM, ia memberi manfaat kepada Agrobank,” katanya dalam kenyataan.



Menurutnya, pemilihan peserta berdasarkan kepada kriteria tertentu, antaranya kakitangan barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan pelanggan Agrobank iaitu pegawai kredit bertujuan melahirkan lebih ramai pakar tenaga kerja kredit (dalam pembiayaan pertanian) di Agrobank.

Program tujuh bulan ini membabitkan 10 modul berkaitan pertanian melalui pembelajaran secara bersemuka dan juga, secara maya.

Peserta dikehendaki menghadiri kuliah empat hari setiap bulan, bermula Mac hingga September tahun ini

29 kakitangan Agrobank tamat pengajian AUACP

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading