BILA KAKI RAMONA CALAR KENA BATU KARANG: “HA PADAN MUKA PAKAI LAGI SEKSI-SEKSI”
“Ramai yang bertanya keadaan kaki saya yang luka tempoh hari. Inilah rupanya sekarang. Sedang pulih tapi agak teruk calarnya. Ha padan muka pakai lagi seksi-seksi.
“Apa yang terjadi sebenarnya saya lompat dari jeti hotel tempat bot hantar orang, tak ada masalah pun tapi masa nak naik tangga dari dalam laut, hari itu ombak kuat sebab dah nak monsur, kemudiannya saya tertolak dan terus terlanggar batu karang yang melekat di tepi tangga.
“Maka, jadilah kejadian berdarah. Tapi tak sakit pun. Jangan bimbang… Terima kasih kepada yang bertanya,” demikian kata pelakon Ramona Zamzam yang berkongsi keadaan terkini kakinya yang terluka ketika berenang di sebuah pulau di Johor baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Jelas Ramona, insiden itu terjadi ketika dia sedang menaiki tangga dari laut untuk ke kawasan darat. Dalam pada itu, Ramona akui terkesima apabila berpeluang berkunjung ke pulau-pulau cantik sekitar Johor sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
“30 tahun duduk Malaysia tak pernah tahu Johor ada pulau-pulau cantik mcm ni. Saya sangat gembira dapat bercuti bersama keluarga biarpun singkat. Sempat balik sehari sebelum PKPB 2.0 bermula jadi sekarang duduk rumah diam-diam.
“Banyak sangat pulau yang kami pergi. Jangan tanya nama pulau-pulau itu sebab saya sudah lupa,” tulisnya menerusi entri di laman Instagram.
Ramona berkongsi kompilasi video sepanjang bercuti di pulau terbabit bersama suami, Rami Alashkar dan anaknya, Ivanna Alashkar.
Malah, Ramona turut memuji keindahan panorama pulau-pulau di Semenanjung Malaysia yang disifatkannya setanding dengan lokasi pelancongan negara jiran, Indonesia.
“Masih tak percaya ada tempat macam ni di Johor. Gembiranya dapat ke sini yang mengingatkan saya dengan Labuan Bajo,” tambahnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ramona Zamzam
KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)