SHIMA ANUAR MINTA BEKAS AGEN MOHON MAAF: “KALAU TAK… YOU WANNA PLAY GAME WITH ME?”

“Beritahu saya bahagian mana yang awak kena fitnah? Saya tak minta duit awak untuk refund duit pelanggan yang awak letak cas tambahan untuk setiap pek tu pun dah cukup baik.

 

“Saya refund pakai duit saya sendiri dengan rela hati. tak minta 1 sen daripada awak. Saya ada bukti, boleh baca semua komen dekat post ni. Banyak yang complaint ke tak?

“Jangan nak busukkan nama saya dan @laksambys ya. Don’t try me!” tulis pelakon Shima Anuar yang membuat pendedahan tersebut menerusi beberapa buah posting di Instagram Storiesnya, kelmarin.

Shima melenting selepas bekas agen laksam Johor mendakwa dia telah menfitnah berkenaan dengan isu mengenakan cas untuk setiap bekas yang dibeli oleh pelanggan.

Klik untuk gambar besar

Menurut Shima, dia ada bukti daripada pelanggan yang mengadu justeru tegasnya jangan cuba untuk merosakkan nama baiknya.

Dalam pada itu, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Flat 3A ini turut meminta individu terbabit untuk tampil memohon maaf sama ada secara empat mata atau menerusi kiriman mesej.

“Aku tak minta banyak. Kau datang jumpa aku minta maaf dah cukup. Kalau tak boleh sangat, text me. Bila-bila masa anda boleh unblocked saya. Kalau tak, kita akan tengok la macam mana nanti. You wanna play game with me? Aku ok ja,” tulisnya lagi.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shima Anuar

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *