“SAYA MENANGIS APABILA DENGAR CERITA INDAH DARIPADANYA (NEELOFA)…” – UMIE AIDA
Sebelum ini, pelakon dan usahawan Noor Neelofa memberitahu dia mengambil keputusan untuk mengubah penampilan dengan mengenakan niqab atau purdah dan ia telah disambut baik oleh peminat termasuklah rakan selebriti.
“Baru-baru ni Me jumpa Lofa… Me menangis apabila dengar cerita indah daripadanya… sangat indah! MasyaAllah… semoga Neelofa sentiasa dalam rahmat-Nya dan lindungan-Nya. Amin,” katanya menerusi Instastory pada Jumaat.
Pada Khamis, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha memperbaiki keperibadiannya menghadapi hari-hari mendatang.
Pengacara program temu bual Next To Neelofa ini juga berharap semua pihak dapat mendoakan perjalanan baharunya agar sentiasa dilindungi Allah.
Malah, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagram turut meluahkan rasa syukur dengan penghijrahan anaknya itu.
Selain Umie, rakan artis lain yang turut menyokong perubahan Neelofa ialah Yatt Hamzah: “Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram… terus sebak!
“Mendoakan agar dia dan kita semua kuat dalam hijrah dan istiqamah. Teringat saat-saat awal dia berhijrah, dia kongsi masa berbual dalam telefon sebelum menjemputnya ke program Usrah Suci dulu. Such an inspiration!” ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Umie Aida, Yatt Hamzah & Noor Neelofa
KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)
KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)