SEMPENA HARI LAHIR KEKASIH HATI, DINI – JANNA NICK KONGSI VIDEO & UCAPAN ‘SWEET’
Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon dan pengacara Janna Nick telah mendedikasikan ucapan buat ulang tahun kelahiran teman lelakinya, pelakon Dini Azan Schatzmann yang ke-26 semalam. Pada entri tersebut, Janna berkongsi video yang memaparkan momen-momen manis bersama teman lelakinya itu beserta ucapan.
“Happiest birthday @dinischatzmann. Saya mahu berdiri dengan awak di atas gunung, luangkan masa bersama di pantai, baring sebegini selamanya, hingga awan meruntuh. Saya sangat cintakan awak sedalam hati saya,” tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Janna tumpang gembira melihat kebahagiaannya bersama Dini, malah, terdapat beberapa rakan artis yang menyuruh pasangan ini berkahwin dengan cepat.
Klik untuk gambar besar
“Saya gembira untuk awak adik, saya dapat lihat mata awak bercahaya, wish you all the best till Jannah, sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua, kawin cepat anak korang mesti cantik,” tulis Zarina Zainuddin.
“Cepat kahwin,” tulis Fasha Sandha. – “Ya Allah sweet betul la pasangan ni,” tulis pengikut lain.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Janna Nick & Dini Azan Schatzmann
KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)
KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)