Laksa Kari pikat citarasa pembeli

Laksa Kari pikat citarasa pembeli

Laksa Kari pikat citarasa pembeli
MAJLIS memperkenalkan Mi Segera Gardenia NuMee Signature Laksa Kari, baru-baru ini. – Gambar NSTP/FAIZ ANUAR

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd memperkenalkan produk mi segera Gardenia NuMee Signature varian terbaharu, Laksa Kari di pasaran dengan harga promosi iaitu RM5.99 sepaket daripada harga asal RM6.99.

Bertepatan sambutan baik diterima daripada pelanggan sejak produk mi segera Gardenia NuMee dilancarkan pada 2022, beberapa varian seperti Kari, Ayam dan Mi Goreng semakin dikenali ramai.

Pengurus Kanan Pemasaran & Pembangunan Perniagaan Gardenia Bakeries, Ng Eng Hui berkata, produk mi segera Gardenia NuMee adalah jenama Malaysia untuk Malaysia dalam memikat citarasa selera penguna.

“Keistimewaan produk mi segera Gardenia NuMee ini adalah struktur mi yang lebih kenyal, diperbuat daripada ramuan berkualiti, cukup rasa dan sangat mudah disediakan oleh ibu-ibu untuk hidangan seisi keluarga.

“Kesemua produk Gardenia daripada roti, kek sehinggalah mi, mementingkan penggunaan ramuan berkualiti bagi memastikan ia menepati citarasa pengguna tempatan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat


Menurutnya, produk mi segera Gardenia NuMee juga masih kenyal walaupun dimasak selama tiga minit dan kualiti itu membuatkan ia semakin menjadi pilihan pengguna di Malaysia meski masih baharu di pasaran berbanding produk mi segera lain.

“Malah, harga di pasaran bagi produk mi segera Gardenia NuMee varian Kari, Ayam dan Mi Goreng masih lagi dijual dengan harga promosi RM4.29 sepaket sejak dilancarkan pada September 2023 lalu.

“Harga asal sepaket mi segera Kari dan Ayam adalah RM4.80 sepaket, manakala Mi Goreng pula RM5. Tapi, mengambil kira situasi ekonomi dan sebagai produk ramah pengguna, maka ditawarkan penjualan dengan harga promosi.

“Begitu juga dengan mi segera Gardenia NuMee varian Laksa Kari ini, ia diperkenalkan di pasaran sekarang dengan harga promosi, RM5.99 sepaket daripada harga asal, RM6.99,” katanya memaklumkan pelakon Fasha Sandha adalah duta jenama Gardenia NuMee.

Ditanya pemilihan Fasha sebagai duta, Eng Hui berkata, aktres itu adalah seorang ibu berkerjaya yang boleh memberikan inspirasi untuk golongan ibu di luar sana dalam menyediakan hidangan enak untuk keluarga.

“Fasha sudah hampir setahun menjadi duta jenama Gardenia NuMee dan kami gembira serta berpuas hati dengan komitmen diberikannya. Terutama, dia (Fasha) juga sebenarnya pengguna setia Gardenia NuMee sejak kami lancarkan Mi Kuning pada 2019 lalu.

“Kami di Gardenia Bakeries amat seronok dan gembira bekerjasama dengan Fasha kerana kehadirannya sangat memberi impak positif kepada imej dan pengenalan jenama Gardenia NuMee di pasaran.

“Ramai pengguna didapati semakin mengenali produk NuMee Gardenia dan daripada maklum balas diterima ia disukai kerana berkualiti, mudah, dan sedap,” katanya ditemui pada majlis iftar Gardenia Numee & Fasha Sandha di Gardenia Bakeries Shah Alam, baru-baru ini dengan pelancaran produk Numee terbaharu, Laksa Kari.

Bersadarkan tagline Gardenia, ‘Sentiasa Bersamamu.Tanpamu, Tidak Akan Ada Kami’, Eng Hui berkata, kini pengguna sudah ada pelbagai pilihan dalam penyediaan makanan menerusi Gardenia NuMee iaitu Mi Kuning, Mi Goreng dan mi segera dengan varian Kari, Ayam dan Laksa Kari.

Laksa Kari pikat citarasa pembeli

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker