Selangor Gagal Kawal Selia dan Agihan Air
Sejak era Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, terus kepada Azmin Ali yang sanggup tejun dalam longkang, masalah air dikatakan mahu diselesaikan.
Ketika itu kerajaan negeri Selangor bertekak tidak mahu Projek Langat 2 diteruskan. Kerajaan negeri Selangor mahu mengambil alih semua peringkat urusan air termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kini kita tak tahu lagi status dan progress projek Langat 2. Mengikut perancangannya air dari hulu Sungai Pahang disalurkan melalui terowong dan dirawat di logi mega Langat. Ia membekalkan sebahagian besar sumber air terawat di Lembah Klang.
Namun kini kita masih lagi mendapatkan air terawat dari sumber air dlm negeri Selangor. Sumber utama air di Lembah Klang ialah Sungai Kelang dan Sungai Gombak yg dianggap sebagai sungai utama.
Selain sungai utama ini, terdapat berpuluh-puluh sungai atau anak sungai yg berada di hulu sungai yg mengalirkan air ke Sungai Kelang. Sebenarnya Sungai Gombak juga adalah anak sungai kpd Sungai Klang di mana pertemuannya ialah di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Namun sehingga hari ini kerajaan PKR Selangor masih gagal untuk menangani masalah air. Setiap kali ada masalah air, rakyat mengeluh. Tapi MB datang ke sumber air cium-cium air utk tunjukkan keperihatinan nak selesaikan masalah. Katanya, kerajaan ada rancangan 30 tahun utk menyelesaikannya.
Baru-baru ini takkala Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa ditutup dan berjuta akaun pengguna air di Lembah Kelang terpaksa dicatu.
Ketika itu MB Selangor berada di Sabah sbb persediaan PRN Sabah, manakala bini MB menunjukkan gambar yg lori tanggi Air Selangor berada di rumah MB. Mereka asyik pula mandi di kolam renang. Bikin rakyat tambah panas.
Bnyk masalah pencemaran air disebabkan oleh kurang seliaan oleh pihak berwajib dlm menangani buangan sisa pepejal dan mendalir yg mengotori anak-anak sungai.
Ia juga berkaitan dengan banyaknya kilang-kilang haram yg terus beroperasi yg mengalirkan bahan buangan ke dalam sungai. Apakah betul kerajaan akn tegas selepas tarikh 31hb Disember iaitu tarikh akhir pemutihan kilang-kilang haram ini?
Pihak berwajib yg mengawalselia mutu dan pengawasan air di Selangor ialah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Ia juga pihak berkuasa yg memberi lesen kpd kegiataan sumber air di Selangor.
Namun dlm setiap kali kes pencemaran, jarang sekali kita dengar pembabitan LUAS.
Kini operator tunggal air di Selangor ialah Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Ia mengambil alih 4 syarikat iaitu :
- Puncak Niaga (M) Sdn Bhd
- Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
- Konsortium ABASS Sdn Bhd
- Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
Sebelum pengambilalihan syarikat-syarikat ini dahulu, Puncak Niaga, Konsotium ABASS dan SPLASH adalah syarikat-syarikat yg menguruskan logi rawatan air.
Syabas pula adalah anak syarikat Puncak Niaga yg menguruskan pengagihan air dari logi rawatan utk disalurkan ke tanggi agihan (biasanya tanggi besar di tempat tinggi) yg kemudiannya disalurkan ke paip-paip di rumah kita.
Kini setelah semua syarikat-syarikat ini dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor dan diuruskan mengikut sistem kerajaan yg mengawal semuanya, maka tentulah budaya kerja terikut-ikut dgn budaya kerja 8 pagi keluar 5 petang.
Budaya korporat yg mahukan keuntungan tetapi mementingkan kualiti pengurusan terus terabai. Akhinya pada asalnya mahu menurunkan tariff air tetapi pembangunan sumber air, rawatan air dan agihan air langsung tidak menampakkan hasil.
Sbb itulah MB terpaksa turun padang buat wayang tunjuk cium-cium air busuk. Oooh, kita ada perancangan utk baiki sistem air dlm 30 tahun.
Bayangkan jika air Selangor ditadbir oleh syarikat korporat sudah tentu CEO atau COO akn diminta bertanggungjawab. Duduk pun panas punggung.
Kini apa yg MB Selangor boleh buat.
Hanya mampu cium air dlm balang je.
Kalau mampu, minumlah air tu sekali. Rasa bagaimana perasaan rakyat Selangor.
Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”
Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”