TIZ ZAQYAH BENGANG SERING TERIMA GANGGUAN SEKSUAL: “KENAPA PEREMPUAN SELALU KENA HADAP…”
Pelakon Tiz Zaqyah baru-baru ini menerusi ruangan Instagram Story (IG Story) miliknya telah meluahkan rasa meluat dan marah terhadap sesetengah individu yang tanpa segan silu menghantar pesanan berupa gambar lucah kepadanya.
Menurut Tiz, dia telah menerima kiriman gambar berupa kemaluan lelaki menerusi Direct Message (DM) setelah memuat naik video memasak di platform tersebut.
Tambah pelakon ‘Nur Kasih’ ini, dia tidak tahu sama ada individu tersebut hanyalah sekadar akaun palsu ataupun tidak tapi tidak dapat membayangkan jika orang lain turut menerima gangguan sedemikian rupa.
Klik untuk gambar besar
Tiz dalam pada itu menjelaskan sebab dia mendedahkan perkara itu kepada umum hanyalah untuk mewakili suara wanita yang tertindas dengan sikap tidak senonoh sesetengan kaum lelaki.
Dalam masa sama, Tiz Zaqyah berharap individu yang melakukan gangguan seksual di laman sosial dibawa ke muka pengadilan supaya mereka berhenti daripada melakukan tindakan tidak bermoral itu.
Berdepan kejadian yang sama berulang kali, Tiz berkata tindakannya menyekat akaun berkenaan tidak akan memberi kesan kerana mereka akan terus melakukan perbuatan itu terhadap wanita lain.
“Aku tak tahulah akaun palsu ke apa, ramai sangat orang macam ni… kau bayangkan anak buah kau ke? Adik kau ke? Anak sendiri ke macam ni banyak kali. Kau diam je ke?
“Persoalannya kalau kita sekat dan lapor, lepas tu? Dia orang hidup senang macam biasa? Oh macam tu je? Agak-agaklah! Aku minta maaf post gambar tu. Aku nak korang rasa apa aku dan ramai lagi perempuan kat luar sana rasa!” katanya.
Sebelum itu, Tiz berkongsi paparan mesej yang diterima daripada individu yang menggunakan nama Papa Jew di laman Twitter. Dalam mesej tersebut, Tiz menyembunyikan gambar yang dihantar lelaki berkenaan, namun dipercayai foto itu memperlihatkan kemaluan individu berkenaan.
“Bayangkan anak atau kakak awak terima gangguan sebegini. Itu video saya tengah masak tu. Ee nak je aku post tak censored… nanti aku yang kena report menjahanamkan pagi bahagia orang lain. Aku pun tak naklah kecoh-kecoh tapi sampai bila kita kena benda macam ni. Senangnya hidup kau,” ujarnya.
Berkongsi pengalaman gangguan seksual di set penggambaran, Tiz berkata dia pernah menyaksikan seorang kru produksi diberhentikan kerja kerana tindakan tidak bermoral itu.
“Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab ada dalam bilik menyorok masa artis tukar baju. Nasib baik tak kena kepala paip dekat kepala. Habis tu dorang kat media sosial ni? Seronok sangat, semua lepas naik kepala la kan?” tuturnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram / Twitter Tiz Zaqyah
KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU?