70 Peratus Hospital Di Gaza Lumpuh

70 Peratus Hospital Di Gaza Lumpuh

70 Peratus Hospital Di Gaza Lumpuh

Kira-kira 70 peratus hospital di Genting Gaza terpaksa menghentikan operasi setelah kempen pengeboman rejim Zionis berlarutan selama hampir dua bulan.

Ketua Pasukan Penilaian Biro Statistik Pusat Palestin, Hossam Khalifa mengesahkan situasi perkhidmatan kesihatan di wilayah itu yang semakin meruncing.

“Serangan bertalu-talu rejim Zionis turut memusnahkan kira-kira 250,000 daripada 400,000 unit perumahan di Gaza”.



“Kos kerugian ekonomi di wilayah terkepung itu akibat perang genosid Israel juga mencecah AS$700 juta (RM3.3 bilion) pada Oktober,” jelas beliau.

WHO menggesa tindakan segera untuk memulihkan sistem kesihatan di Gaza yang terjejas teruk akibat kempen pengeboman rejim Zionis.

“Sudah pasti kita akan menyaksikan peningkatan korban akibat penyakit berbanding serangan Israel jika hospital tidak lagi dapat beroperasi,” kata jurucakap, Margaret Harris.

Ketika ini, infrastruktur kritikal di wilayah Gaza telah lumpuh akibat kekurangan bahan api.



Selain itu ia terus menjadi sasaran bedilan rejim Zionis sejak lebih tujuh minggu lalu.

Pakar juga memberi amaran krisis kemanusiaan akan menjadi lebih buruk selepas rejim Zionis melancarkan semula kempen pencerobohan ganas ke atas wilayah itu.

Status kesihatan di utara Gaza juga semakin kritikal.

Hanya tiga hospital yang masih beroperasi, namun ia masih tidak dapat menampung keperluan kesihatan di seluruh wilayah tersebut.



Kemudahan di kawasan itu juga semakin terdesak kerana ketiadaan bantuan perubatan dan bekalan bahan api semakin terhad.

 

70 Peratus Hospital Di Gaza Lumpuh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading