Pencuri Tinggal Beg Berisi Maklumat Diri

London: Kecuaian seorang pencuri di United Kingdom meninggalkan beg berisi maklumat dirinya membawa padah apabila ia membantu pihak berkuasa menjejaki lelaki itu sebelum menahannya.

Malcolm Pyke, 43, memecah masuk sebuah garaj di East Herrington, Sunderland dan mencuri alatan pembersihan bernilai 150 Pound Sterling (kira-kira RM814) pada 6 Mac lalu.

Namun, lelaki itu secara tidak sengaja meninggalkan beg berisi surat yang tertera nama dan alamat tempat tinggalnya.



Maklumat itu menjadi petunjuk utama dan membantu pihak polis menjejakinya selain menemui barangan curi terbabit.

Detektif Sarjan Chris Raper-Smith berkata, suspek adalah pencuri dan amat aktif dalam aktiviti jenayah itu tanpa mengendahkan kesan perbuatannya terhadap orang lain.

“Malangnya kesilapan dilakukannya dengan cuai meninggalkan barangan peribadinya di lokasi kejadian membantu pegawai polis terus menjejakinya,” katanya dalam News Sky.

Pyke juga mengaku melakukan kes lain termasuk dua kecurian harta benda yang disebut polis sebagai ‘kesalahan jenayah’ kerana lelaki itu mencuri pakaian dari tempat keluarga mencuci pakaian.



Susulan itu, Pyke dipenjara empat tahun, manakala barangan yang dicuri lelaki itu diserahkan kembali kepada pemiliknya.

Agensi

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?



KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button