Lelaki Rohingya lemas ketika cari kepah

Lelaki Rohingya lemas ketika cari kepah

Lelaki Rohingya lemas ketika cari kepah
Pasukan penyelamat membawa mayat lelaki Rohingya yang ditemui terdampar di pantai untuk dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun. – NSTP/ ROSLI ILHAM

DUNGUN: Seorang lelaki etnik Rohingya yang dilapor hilang ketika mencari kepah di Muara Sungai Paka pada jumaat lalu, ditemui lemas petang tadi.

Mayat Osnan Ahmad Abdul Salam, 20, ditemui terdampar di tebing sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 3.35 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat ditemui pada jarak kira-kira satu kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas.



“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian jumaat lalu, mangsa dikatakan bersama beberapa rakannya pergi ke kawasan itu untuk mencari kepah sebelum dihanyutkan arus.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan beberapa kali menyelam untuk mengutip kepah sebelum disedari hilang oleh rakannya.

Pasukan mencari dan menyelamat yang menerima panggilan kecemasan kemudiannya melancarkan gerakan mencari mangsa, namun gagal.



Lelaki Rohingya lemas ketika cari kepah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading