Tukar kerajaan Kelantan boleh lihat kesucian Pemimpin PAS.

Tukar kerajaan Kelantan boleh lihat kesucian Pemimpin PAS.

Sejauh mana kesucian kepimpinan PAS boleh dilihat jika kerajaan Negeri Kelantan ditukar kepada kerajaan baru pada PRN ini.

Selama ini jika apa sahaja alasan dan jawaban yang diberi oleh Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar dianggap sebagai betul tanpa pembuktian.

Tambah lagi dengan ketaksuban ahli ahli dan penyokong tegar PAS maka yang dijawab berkenaan pelbagai isu rakyat dan negeri Kelantan ditelan begitu sahaja tanpa sebaran fakta dan bukti.



Kerana berjubah agama maka tiada syak wasangka pun diletak kepada kepimpinan PAS.

Namun, banyak maklumat berlawanan diperolehi berkenaan situasi pentadbiran PAS Kelantan.

Sumber sumber menyatakan, banyak syarikat dan agensi bawah kerajaan negeri tidak mencapai KPI dan sasaran membawa pulangan kepada kerajaan negeri Kelantan.

Ada anak syarikat kerajaan negeri mencapai “zero profit” selama bertahun tahun.



Ada juga yang tidak diurus dengan baik selama berpuluh tahun dan tiada ada keuntungan.

Syarikat Air Kelantan AKSB misal nya, dalam keadaan dicemuh rakyat kerana tidak efektif pun memberi bonos kepada ahli BOD nya seorang RM10,000 .

Ia juga hasil dokumen bocor yang disebarkan.

Jika itu terjadi, apa lagi syarikat syarikat anak negeri yang lain?



33 TAHUN MEMERINTAH, APA KEMAJUAN PAS BERIKAN KEPADA RAKYAT?

Timbalan Menteri Besar Kelantan sering melaung lagu Kelantan dianak tirikan , namun jika beliau menyebut hal ini ketika PAS mula mentadbir tidak apa juga, tetapi sudah 33 tahun.

Maklumat juga menampakan sudah hampir RM1.7 bilion disalur kepada Kelantan oleh lain lain Perdana Menteri.

Kemana wang itu disalurkan?

Tambah lagi semua cukai cukai dikutip oleh kerajaan negeri sendiri.



Banyak juga tanah rakyat diserah sebagai kawasan balak, kepada siapa atau apa yang dibuat oleh kerajaan PAS dengan wang wang itu.

Lebih malang hampir separuh rakyat Kelantan merantau akibat tiada peluang pekerjaan dan buka perniagaan pun diluar Kelantan.

Ini belum lagi masalah air dan stesen bas lagi yang sudah berkurun tidak ditangani.

PRN ini waktu terbaik tukar kerajaan.



Rakyat Kelantan dan rakyat luar boleh lihat apa terjadi didalam pentadbiran negeri samada wujud “mismanagement” dalam urusan kerajaan atau tidak dehgan menukar kerajaan.

Inilah waktu yang terbaik bagi rakyat Kelantan melakukan perubahan demi kemajuan Kelantan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button