Suami isteri maut selepas makan cendawan, bekas menantu disiasat

Suami isteri maut selepas makan cendawan, bekas menantu disiasat

Suami isteri maut selepas makan cendawan, bekas menantu disiasat
ERIN Patterson. FOTO 10 News First

Canberra: Wanita di Australia yang disyaki membunuh bekas mentuanya dengan makanan mendakwa cendawan yang gunakan dalam masakan dibeli di kedai berhampiran rumahnya.

Mirror UK melaporkan, Erin, 48, bekas menantu kepada Don dan Gail Patterson menyediakan makan tengah hari di rumahnya di Leongatha, Australia, untuk mentuanya serta dua individu lain pada 29 Julai lalu.

Tidak lama kemudian, kesemua yang menikmati hidangan itu dilaporkan sakit tenat sebelum Don dan Gail meninggal dunia di hospital.



Kakak Gail, Heather Wilkinson juga meninggal dunia, manakala suaminya Ian kekal dalam keadaan kritikal di hospital.

Polis mengeluarkan waran geledah di rumah Erin Patterson yang kemudiannya disoal siasat dan dibebaskan sementara menunggu siasatan lanjut, lapor 7 News.

Erin tidak jatuh sakit selepas makan tengah hari, dan tidak diketahui sama ada berapa banyak makanan yang dimakan jika ada.

Suami isteri maut selepas makan cendawan, bekas menantu disiasat
Don dan Gail Patterson. FOTO Nine

Sementara itu, Detektif Inspektor Dean Thomas dari Polis Victoria berkata simptom pada mereka yang terjejas adalah konsisten iaitu disebabkan cendawan dimakan.



Simon Patterson, bekas suami Erin juga merancang untuk hadir selepas diundang tetapi membatalkan hasratnya pada saat akhir kerana ada temujanji lain.

Bercakap kepada media tempatan di luar rumahnya di Leongatha, Erin berkata, dia tidak tahu apa yang berlaku kepada tetamu yang meninggal dunia dan sakit.

“Saya menyayangi mereka dan kecewa kerana mereka sudah tiada,” katanya yang tidak mendedahkan hidangan apa yang dihidangkan dan kepada mangsa.

Siasatan polis terhadap kejadian itu masih diteruskan dengan detektif bertugas menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Australia.



Suami isteri maut selepas makan cendawan, bekas menantu disiasat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading