Malang berganda

Malang berganda

Malang berganda
RUMAH milik Everett Tripodis dirobohkan secara tidak sengaja. FOTO Agensi

Atlanta: Malang nasib seorang lelaki di Georgia yang bukan hanya hilang tempat berteduh selepas dirobohkan secara tidak sengaja tetapi berdepan saman untuk mendapatkan semula aset miliknya itu melainkan membayar kos perobohan berjumlah AS$ 68,000 (kira-kira RM311,032).

Oddity Central melaporkan, aset milik Everett Tripodis di West End yang bersejarah di bandar ini menjadi tanah lapang selepas dirobohkan oleh majlis perbandaran tanpa sebarang amaran.

Secara teknikal, majlis perbandaran menghantar surat pemberitahuan kepada pemilik aset yang kediaman berkenaan tidak sesuai untuk didiami.



Bagaimanapun, surat pemberitahuan itu dihantar ke alamat salah dengan poskod berbeza, kira-kira 2.25 kilometer (km) jauhnya.

Tripodis dan ibunya membeli rumah berusia ratusan tahun itu sebagai pelaburan dan berusaha mengubah suainya sebelum hilang tempat berteduh apabila dirobohkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid




Lebih memburukkan keadaan, majlis perbandaran kini menyaman Tripodis dan mengancam untuk merampas tanah melainkan dia menanggung kos meroboh tersebut

“Perintah roboh itu sendiri memberi bandar dan kuasa kontraktornya untuk merobohkan rumah di jalan dan poskod yang sama sekali berbeza.

“Saya terkejut bagaimana mereka boleh tersilap menghantar ini ke alamat yang salah. Saya datang dan berjumpa dengan kontraktor pada suatu pagi, dan melihat rumah sudah tiada.

“Semuanya hilang. Tiada apa-apa selain kotoran,” kata Tripodis kepada Channel 2 Action News, sambil menambah bahawa surat amaran dihantar ke alamat lain dan sudah dipulangkan kepada pengirim.



Berikutan itu, Tripodis memfailkan tuntutan ganti rugi namun majlis perbandaran bukan sahaja enggan membayar malah mendakwa pihaknya tidak boleh bertanggungjawab.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM


“Apabila saya melihat ia datang dari majlis perbandaran, saya agak teruja,” kata Tripodis kepada Saluran 2.



“Mungkin ia adalah surat permohonan maaf. Dan Mungkin ia adalah cek. Mungkin mereka akan memberi pampasan kepada saya secara adil.

“Saya membukanya dan menyedari bahawa mereka menyaman saya. Ia seperti satu tamparan di muka saya. Saya kecewa,” katanya.

Majlis perbandaran mendakwa rumah itu harus dijual atas bantahan awam melainkan jika satu atau lebih daripada pihak yang berminat memberikan amaun penebusan penuh yang terdiri daripada kos perobohan asal ditambah faedah, berjumlah lebih AS $68,000 (kira-kira RM311,032)

Malang berganda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button