Orang Dedulu Berani Mati Kerana Pertahankan Maruah-Bermaruahkah Muhyiddin?
Yang Dipertuan Agong sudah membuat keputusan, tiada basa basinya lagi, nasihat dari seorang Perdana Menteri untuk melakukan Darurat telah ditolak sepenuhnya oleh YDP Agong dan Majlis Raja Raja Melayu.
Kini telah ditempa dalam sejarah politik Negara untuk pertama kalinya berlaku dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Peristiwa ini juga merupakan satu detik hitam dalam sejarah seorang Perdana Menteri dimana ia menjadikan moral seorang Perdana Menteri seperti berderainya “mangkuk pyrex” ke lantai- berderai dan berkecai.
Sezalim zalim Mahathir, belum pernah ada nasihatnya kepada Yang Dip[ertuan Agong ditolak, malah diterima atau diberikan pertimbangan yang sebaiknya dan tidak sampai tahap sehingga Majlis Raja Raja terpaksa membuat keputusan.
Sudah menjadi kebiasaan kepada seorang Perdana Menteri akan mengadap Yang Dipeertuan Agong untuk menasihati pada sesuatu perkara yang besar dan melibatkan kepentingan dalam pelbagai isu.
Untuk rekod, Perdana Menteri adalah penasihat kepada Yang Dipertuan Agong yang telah lama menjadi amalan sebuah Negara yang mengamalkan Raja Berpelembagaan. Sedia maklum segala bentuk nasihat pada kebiasaanya tidak pernah ditolak atas dasar kepentingan rakyat.
Kelaiannannya pada kali ini, seorang Perdana Menteri telah membawa satu nasihat yang cukup besar iaitu untuk mengisytiharkan darurat dalam Negara. Tidak dapat dinafikan juga rakyat tersentak dengan tindakan ini dan beranggapan sesuatu yang besar akan berlaku.
Tindakan Perdana Menteri memohon secara langsungnya telah ditolak oleh Majlis Raja Raja setelah bermesyuarat dan beranggapan ini tidak sewajarnya berlaku dan pihak istana melihat nasihat ini seakan mempunyai serampang dua mata yang tersembunyi.
Penolakan ini secara jelas dan terang menunjukkan dan memperlihatkan bahawa keputusan yang telah dibuat oleh cabinet bersama Perdana Menteri adalah tidak bersesuaian dengan keadaan yang sebenar.
Apabila sesuatu nasihat seorang Perdana Menteri, keputusan yang dibuat oleh kabinet dalam sesuatu perkara dan tertolak oleh Agong, secara jelas dan nyata bahawa anggota kabinet dan juga Perdana Menteri sudah dianggap kehilangan maruah secara keseluruhannya.
Sebagai langkah bertanggungjawab, Perdana Menteri serta keseluruhan anggota kabinet seharusnya meletakkan jawatan masing masing tanpa apa juga alas an yang seharusnya dibuat.
Keputusan ini mesti dibuat dengan segera, tidak perlu lagi menerima nasihat daripada mereka yang hanya mempunyai kepentingan dalam politik. Jika masih ada lagi maruah dan harga diri perletakan jawatan mesti dibuat tanpa rasa ragu-ragu dan dengan bertanggungjawab.
Masih bermaruahkah Muhyiddin dan anggota kabinetnya? Setelah melakarkan sejarah amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri dan anggota kabinetnya? Maruah ini harus diutebus oleh Muhyiddin sepenuhnya.
Sudah pasti ramai yang beranggapan dan menjangkan terdapatnya suara suara atau pandangan agar Perdana Menteri meneruskan tugas seperti biasanya. Tidak hairan apabila perkara ini berlaku.
Mereka- mereka ini sudah pasti dikalangan “Dinasour politik” yang tidak pernah puas dan kenyang. Sudah pastinya mereka ini tidak punya maruah diri atau harga diri dan tidak punya rasa malu.
Jika kita imbas sejarah dahulu kala, bagaimana maruah dipertahankan, ada yang sanggup mati untuk mempertahankannya. Maruah dan harga diri bagi seseoarang merupakan harta yang dinilai dengan nyawa, ditukar ganti dengan nyawa.
Bermaruahkah Perdana Menteri dan ahli kabinetnya jika mereka terus memerintah dalam aib dan malunya serta dalam keadaan maruah yang tergadai.
Sebagai manusia yang bermaruah dan mempunyai pegangan agama yang kuat, rasa malu, bertanggungjawab itu adalah amanah dan maruah dari nilai kerja yang dipikul. Jawatan yang disandang akan dilihat sebagai amanah dan tanggungjawab.
Melepaskan jawatan atasa rasa tanggungjawab itu adalah orang amat menjaga maruah dan harga dirinya. Kecuali bagi mereka yang beranggapan bahawa tanggungjawab dan amanah itu hanya satu bentuk tulisan sahaja.
Secara keseluruhannya, secara jelasnya Perdana Menteri dan anggota kabinetnya sudah tidak dipercayai lagi dan tidak lagi diyakini oleh Agong dan juga rakyat. Jadi apakah akan berlaku selepas ini dan bagaimana setiap arahan yang dikeluarkan oleh mereka yang gagal ini dalam pemerintahan?
Menurut warkah titah yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong, Baginda tuanku juga meyarankan agar Belanjawan 2021 diteruskan sebagaimana jadualnya.
Tersirat daripada titah tersebut amat jelas bahawa baginda berpandangan jauh agar setiap kemelut politik dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan matang dan bukan sebagaimana yang dilakukan oleh Muhyiddin.
Baginda juga meyarankan ahli Parlimen menggunakan Dewan Rakyat untuk menyelesaikan masalah politik dan bukan pengisytiharan darurat. Secara tidak langsung ianya menjadi lebih terbuka kepada tindakan melalui pengundian.
Secara tidak langsung Agong dengan kebijaksanaan dan sentiasa berwaspada dalam senario politik yang berlaku. Tindakan Agong menyarankan agar Ahli Parlimen menggunakan Dewan Rakyat sebagai tempat penutus konflik politik sekaligua menjarakkan pihak Istana dengan politik.
Sidang Parlimen akan berlangsung pada 2 November akan datang, diwaktu ini adalah saat saat amat penting, samada maruah Muhyiddin akan terus dipijak atau dihumban dalam tong najis
Saat yang diibaratkan “seperti telur dihujung tanduk” apabila pengundian belanjawan 2021 dibahas dan diundi nanti. Jika undian pun kalah, apa lagi yang tinggal , apa lagi yang ada pada diri seorang Perdana Menteri
Maruah, penghinaan, diaibkan untuk seorang Perdana Menteri akan dilakukan secara terangan. Tangan mana yang akan mampu menahannya.
Demi sedikit maruah dan harga diri yang berbasi, elokla Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat dan bertanggungjawab.