Minum racun ditegur sering pulang lewat

Jakarta: Hanya kerana tidak menerima teguran ibunya disebabkan sering pulang lewat, seorang remaja berusia 17 nekad membunuh diri dengan meminum racun perosak.

Tribun News melaporkan, kejadian itu berlaku di Muara Enim, Sumatera Selatan ketika mangsa ke rumah nenek untuk bertemu dengan ibu saudaranya

Ketua Polis Daerah Gunung Megang Herly Setiawan berkata, sebelum kejadian, mangsa membeli racun perosak dengan menggunakan wang 10,000 rupiah (kira-kira RM2.80).



“Sebaik pulang ke rumah, mangsa meminta ibu saudaranya keluar.

“Mengesyaki ada yang tidak kena, ibu saudaranya masuk semula ke dalam rumah dan terkejut apabila melihat mangsa terbaring di dapur dengan mulut yang sudah berbuih.

“Ibu saudara mangsa turut menemui bungkusan racun perosak yang sudah terbuka di atas meja,” katanya.

Tanpa berlengah, ibu saudara mangsa keluar mendapatkan bantuan.



Penduduk memaklumkan perkara itu kepada bidan kampung dan pemeriksaan dilakukan mendapati mangsa dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, sebelum kejadian, ibu mangsa mengakui menegur anaknya kerana tidak pulang ke rumah.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button