Ikrar tuala, lampu tapi seludup rokok, arak

Oleh – Syeikh Baran


Ikrar tuala, lampu tapi seludup rokok, arak
Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Tengah Kastam, Norlela Ismail (tengah) menunjukkan barangan rampasan kes kontena rokok dan minuman keras pada sidang media JKDM zon tengah (WPKL) mengagalkan cubaan menyeludup kontraban (bir & rokok putih) melalui penahanan kontena rentas sempadan. FOTO ROHANIS SHUKRI

Taktik sindiket penyeludupan rokok dan arak ikrar barangan dibawa sebagai tuala dan lampu halaman tidak berhasil apabila berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Sindiket itu yang cuba membawa masuk barangan seludup bernilai RM1.5 juta termasuk cukai dan duti melalui kontena di Pelabuhan Klang, Selangor itu terbongkar hasil pemeriksaan dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada 21 Mac dan 2 April lalu.



Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail berkata, dalam serbuan pada 4.40 petang, 2 April lalu memeriksa sebuah kontena disyaki tidak berkastam.

“Hasil pemeriksaan menemui 864,000 batang rokok putih diletakkan dalam bekas lampu laman bagi mengaburi pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan.

“Kesemua rokok dirampas itu dianggarkan bernilai RM864,000 dengan jumlah cukai serta duti dianggarkan RM656,640,” katanya dalam sidang media di Pejabat JKDM di sini, hari ini.

Menurut Norlela, siasatan dijalankan mendapati kontena berkenaan disyaki tidak berkastam yang mana pengimportannya memerlukan lesen import dan setem cukai.



Katanya, berdasarkan maklumat dalam ‘Bill of Lading’, dagangan diikrarkan sebagai lampu laman dari negara jiran namun wakil perkapalan gagal mengemukakan dokumen berkaitan kelulusan pengimportan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, JKDM turut menggagalkan cubaan membawa masuk minuman keras di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 9.15 malam, 21 Mac lalu.

“Pemeriksaan rapi sebuah kontena menemukan 4,030 liter minuman keras yang dianggarkan bernilai RM21,000 dan jumlah cukai serta duti dianggarkan RM51,610.

“Modus operandi yang digunakan adalah membuat ikrar tidak benar iaitu menyatakan barangan sebagai tuala.



“Namun tuala dan beberapa barangan lain diletakkan di hadapan kontena, sebaliknya minuman keras tanpa cukai disorokkan di bahagian belakang kontena,” katanya.

Kata beliau, kes terbabit masih dalam siasatan termasuk mengesan dalang utama.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading