Penduduk Medan 88 perlu tampil jalani ujian saringan COVID-19

a3940a78a68ec6f563054fed7416fadf5fad0ee8a811fAnggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkawal di kawasan Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dipasang kawat duri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan hari ini.

PUTRAJAYA, 12 Nov — Kementerian Kesihatan (KKM) meminta penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, yang tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas kawasan itu dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), untuk tampil menjalani ujian saringan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata saringan perlu dilakukan bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan COVID-19.

Katanya, saringan COVID-19 terhadap penduduk di Medan 88 ini dilakukan secara percuma, dengan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh KKM.



“Saringan COVID-19 adalah percuma, jika mereka buat di luar sudah tentu mereka perlu bayar RM300, jadi kita minta mereka semua tampil untuk buat saringan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya kebanyakan penduduk yang lari dari kawasan Medan 88 itu merupakan pendatang tanpa izin.

“Yang lari itu adalah pendatang tanpa izin, kerana mereka bimbang apabila saringan COVID-19 selesai dilakukan, mereka akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen,” katanya dan menambah, usaha menjejak kesemua penduduk yang melarikan diri sedang giat dilakukan oleh pihak berwajib.

Hari ini, media melaporkan kira-kira 400 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang, Selangor, tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas mendapat maklumat kawasan itu dipasang kawat berduri bagi pelaksanaan PKPD.



Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan untuk menahan penghuni yang melarikan diri berkenaan.

Ditanya mengenai kriteria penutupan satu-satu kawasan, Dr Noor Hisham berkata apabila lokaliti dikenal pasti, KKM akan buat penilaian risiko dan sekiranya ada keperluan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) Secara Pentadbiran, akan dilaksanakan.

“Sekiranya kawasan itu banyak (jangkitan COVID-19), kita akan nasihatkan untuk TEMCO dilaksanakan dan operasi nyah kuman akan dilakukan di kawasan tersebut,” katanya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button