ELLIE SURIATY KRITIK ‘MAEL TOTEY’ TAK CAPAI STANDARD – INI RESPON SYAHMI SAZLI

Semua sedia maklum, filem karya YouTuber terkenal, Syahmi Sazli iaitu ‘Mael Totey The Movie’ (MTTM) berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta. Meskipun begitu, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar tampil mengatakan ianya tidak mencapai standard filem sebenar.

Image_1.jpg

Ujarnya lagi, industri tidak boleh meletakkan ‘Mael Totey The Movie’ sebagai penanda aras untuk sesebuah karya kreatif. Katanya, filem tersebut masih belum mencapai tahap tekninal sesebuah penerbitan filem.

“Mael Totey ada follower yang ramai, berjuta… tetapi dalam industri kita ada banyak genre filem. Kita tidak boleh meletakkan ‘Mael Totey’ itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.



“Kalau kita nak sebut daripada teknikal sebagai pembikin filem, ia tidak mencapai tetapi oleh kerana ia popular dan mempunyai peminat tersendiri sudah tentu dia berjaya,” ujarnya.

‘Mael Totey The Movie’ merupakan sebuah filem bergenre komedi yang mengisahkan seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang berusaha mempelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



Sehingga kini, ‘Mael Totey The Movie’ telah memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Berhubung kritikan Ellie, Syahmi selaku pengarah ‘Mael Totey The Movie’ tampil bersuara dengan berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkritik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem ‘Mael Totey The Movie’ menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya.



Image_3.jpg

“Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang. Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya.

Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan: “Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju.

“Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya. Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif.



“Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem. Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat. Business is business,” ujarnya.

Image_4.jpg

 

MAEL TOTEY RAIH RM2.56 JUTA 4 HARI – SYAHMI SAZLI KINI BERTARAF JUTAWAN?



MAEL TOTEY RAIH RM2.56 JUTA 4 HARI – SYAHMI SAZLI KINI BERTARAF JUTAWAN?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button