“HADIAH NI SIMPAN DULU.. NANTI TIME JUMPA, DADDY KASIH OKEY…” – BEKAS SUAMI LUFYA
“11/11 bukan pasal promosi dekat e-dagang tetapi yang lebih bermakna buat diriku adalah tarikh hari lahir anakku Laana Haura genap masuk tiga tahun harini. ( 3 series juga mcm bapak dia ).
“Happy birthday my love! Tak kisahlah apa orang nak kata pun janji daddy sentiasa ingat dekat Haura dan Allah tahu keihklasan hati daddy macam mana.
“Apa-apapun daddy sentiasa doakan yang baik-baik je buat Haura. Setiap apa sahaja kejayaan yang daddy capai ini semuanya adalah untuk Haura selain untuk ibu bapa daddy.
Klik untuk gambar besar
“Sejak lahirnya kamu ke dunia ini sebenarnya telah membuatkan daddy tiada alasan lagi untuk berputus asa daripada terus berjuang dalam hidup ni sampai ke penghujungnya.
“Akhir sekali hadiah daddy beli ni daddy simpan dulu nanti time jumpa daddy kasi okey,” demikianlah tulis bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, Dr. Che Hafiz yang terpaksa menyimpan hadiah yang dibelikan sempena hari jadi anak perempuannya, Laana Haura.
Kongsi Che Hafiz, anak perempuannya itu meraikan hari jadi ketiga pada tarikh istimewa 11 November (Rabu) dan akan memberikan hadiah terbabit sejurus dapat bertemu dengan Haura kelak.
Pada masa sama, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar turut melayangkan ucapan sempena hari ulangtahun kelahiran ketiga anaknya itu.
“Walauapapun yang terjadi antara kami Haura kena jadi anak yang kuat, baik dan hormat pada mummy & daddy. Maafkan kami kerana tidak dapat melengkapkan kehidupan Haura di dunia ni.
“Tidak ada sesiapa pun di dunia ini boleh menidakkan takdir Allah. Mummy akan buat yang terbaik dan korbankan apa yang mummy boleh lakukan demi kebaikkan dan kebahagiaan Haura,” tulis Lufya pula.