“KALAU POPULAR TAPI PEMINAT TAK UNDI, ITU TAK DIKIRA LAYAK MENANG” – CHUBB-E

“Alhamdulillah, syukur. Sikit pun tak rasa saya akan menang. Apa saya tahu, usaha saya untuk meminta peminat mengundi sudah dibuat dengan terbaik. Mereka terutama kelab peminat Chubbs Masterpiece tidak henti mengundi.

Image_1.jpg

“Malah, dari awal tak jangka akan menang sebab calon lain adalah artis hebat dan lebih popular daripada saya. Orang pertikaikan kenapa bukan Hun Haqeem yang menang tapi kenapa saya menang.

“Mereka tak kenal saya, tapi saya menang. Sebenarnya, saya sudah jangka ini akan terjadi dan kecaman ini akan timbul. Tapi, ini bukan dirancang. Saya tak minta untuk menang. Saya menang pun adalah rezeki daripada Allah.



“Tak boleh nak buat apa dan tolak. Sebenarnya warganet pun tak boleh nak cakap begitu. Disebabkan mereka tak kenal saya, saya tak patut menang. Saya berbalik kepada rezeki. Ini semua kerja Tuhan.

“Kepada yang kecam, macam mana sekali pun tak boleh putar balik masa. Ini rezeki saya. Mungkin kepada calon lain yang tak menang, ‘fan base’ mereka tak terlalu mengundi macam mana kelab peminat saya buat.

“Ini adalah pertandingan berdasarkan undian, bukannya populariti semata. Kalau popular tapi peminat tak undi, itu tak dikira layak untuk menang. Apa saya tahu, sistem acara ini kalau nak menang, dapat top 5 atau kedudukan yang baik adalah berdasarkan undian.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

“Jadi, saya sudah usaha dan ‘push’ untuk promo kepada peminat yang saya tercalon. Jadi, peminat undi saya. Saya tak harapkan apa-apa pun,” kata penyanyi dan rapper, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy, 20.

Siapa Chubb-E? Apa lagu Chubb-E? Popular ka? Itu antara persoalan yang membanjiri ruangan komen dan status pengguna laman sosial ketika Chubb-E diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33), kelmarin.

Menurut Chubb-E, kemenangan itu adalah rezeki daripada Allah SWT dan tidak sewajarnya dipertikaikan. Malah, Chubb-E yang popular menerusi lagu ‘Padan Muka’ itu mahu semua pihak menghormati format pertandingan itu yang menjadikan undian peminat sebagai penentu kepada pemenang setiap kategori.



Dalam masa sama, Chubb-E menyifatkan dia yang sudah lapan tahun berada dalam industri hiburan mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Rezeki saya, walaupun orang cakap saya tak layak dan kurang popular, mungkin saya popular di saluran lain. Tapi rezeki dah berpihak pada saya. Allah dah tulis. Kadang orang nak pertikaikan perkara ini seperti mempertikaikan rezeki Allah.

Image_3.jpg

“Bagi saya ia tak patut. Tapi saya faham, saya tak popular dan cukup syarat nak menang. Tapi, pada akhirnya ini adalah kuasa undian. Daripada undi tentukan segalanya.



“Walaupun popular dan peminat tahu popular, jadi tak perlu nak undi. Dan anggap akan menang. Cuma, dalam industri ini saya sudah lali. Buat benda betul tetap dianggap salah, buat salah lagilah nampak salah. Sama juga macam dalam perkara ini. Saya menang pun salah. Apa pun, saya bersyukur ini adalah rezeki saya.

“Saya hargai dan berterima kasih pada ABPBH sebab mencalonkan nama saya dan berikan platform ini. Kepada artis lain dalam kategori saya, saya hormat semua. Saya berbesar hati disenaraikan dengan mereka yang hebat dan popular dalam kategori itu.

“Nak kata orang tak kenal dan saya dari mana, saya ini bermula dalam industri sejak lapan tahun lalu lagi. Tapi, nasib saya tak macam orang lain yang terus naik.

“Ada artis yang tercalon masih baru lagi, tapi nama terus naik mendadak. Jadi, mungkin ‘fan base’ mereka kurang, tapi popular. Mungkin saya tak popular, tapi ‘fan base’ banyak,” ujarnya.



ARTIS BARU LELAKI POPULAR – NETIZEN PERTIKAI KEMENANGAN, PERSOAL SIAPA CHUBB-E

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button