Najib balas balik ‘posting’ Fadli Shaari

 

Perlu maklum ialah lanjutan moratorium pinjaman telah disaran presiden UMNO, Pemuda UMNO dan saya sejak bulan Julai lalu tanpa dibalas.

Kerisauan utama saya ialah bajet 2021 cuma 2.5% atau RM8b lebih tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019.



Jika masa itu, bajet 2019 tak dapat selamatkan ekonomi negara pada masa tanpa Covid dan merosot sehingga paling teruk sejak 11 tahun lalu, bagaimana pula bajet 2021 yang cuma 2.5% lebih besar mampu selamatkan ekonomi rakyat pada ketika wabak Covid mengganas seluruh dunia?

Itulah sebab saya tuntut pengeluaran akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium.

Dan ianya juga benar dan diperakui dalam laporan ekonomi bahawa pemulihan KDNK bagi suku 3 2020 yang baru diumum minggu lepas telah banyak dibantu oleh pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari yang dicadangkan saya masa itu serta moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik (yang sudah tamat).

Kedua-dua cara ini tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan dan tidak memberi impak kepada defisit negara.



Saya juga tengok bahawa pemulihan ekonomi pada suku ketiga (walaupun masih negatif) banyak disumbangkan oleh eksport sektor elektronik dan sektor sarung tangan serta penjualan kereta domestik yang melonjak naik akibat pengecualian cukai jualan.

Namun, jumlah pekerja (termasuk pekerja asing) sektor pembuatan elektronik cuma 500 ribu orang manakala jumlah pekerja sektor sarung tangan yang banyak bergantung kepada mesin cuma 71,800 orang di mana 28,000 adalah warga tempatan dan 43,800 pekerja asing.

Penjualan kereta domestik juga tidak dapat bertahan dan hanya menguntungkan bank yang diberi peluang membuat pinjaman baru dan akan membebankan pembeli untuk tahun-tahun mendatang.

Strategi pengecualian cukai jualan bagi kereta yang banyak bergantung kepada import komponen ini pernah dilakukan oleh kerajaan PH pada tahun 2018 dan akhirnya ianya terbukti apabila ekonomi terus merudum selepas itu.



Melihat keadaan ini di mana jumlah pekerja untuk sektor-sektor tersebut adalah terhad, saya bimbang dengan ekonomi Rakyat sebab sektor-sektor lain yang melibatkan jumlah pekerja paling banyak seperti sektor runcit, sektor pelancongan (3.5 juta pekerja), sektor hiburan, SME dan peniaga kecil masih terjejas dan tak banyak menerima manfaat serta tidak berasa terbela dalam bajet 2021.

Sebab itu, saya sarankan supaya lebih banyak dana disuntik terus ke dalam tangan Rakyat pada masa paling susah supaya ekonomi boleh dirancakkan dan kesusahan rakyat yang dibuang kerja serta mereka yang tidak dibuang kerja tetapi pendapatan mereka telah turun mendadak boleh diubat sedikit.

Itulah asas cadangan-cadangan saya sebab saya tak mahu strategi yang salah menghantui rakyat dan negara pada masa kelak sedangkan bank-bank dan KWSP mampu memenuhi kedua-dua syarat ini tanpa menjejaskan mereka.

NAJIB RAZAK



Ini pula adalah posting dari Fadli Shaari

Saya dan Dato Seri Najib

Ramai yang menurunkan komen di facebook memberikan respon terhadap ucapan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Ada yang setuju dan saya akui, ramai juga yang tidak setuju. Lebih lanjut lagi, ada yang mengheret ia seolah-olah menjadi pertembungan PAS dan UMNO.

Saya kekal berpendirian, PAS dan UMNO perlu terus duduk bersama, dan sudah pasti, PPBM di bawah kepimpinan Tan Sri Perdana Menteri pun tidak boleh diketepikan. Apa juga pertembungan, meja rundingan tempatnya. Saya bukan pemimpin tertinggi, tidak ada dalam mana-mana jawatankuasa interparty, saya tentunya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pimpinan parti saya untuk menentukan keputusan. Asasnya, PAS hendaklah terus bersama UMNO dan PPBM.



Adapun berhubung Dato Seri Najib, saya tetap akui beliau seorang pejuang. Kes-kes mahkamah yang dihadapi dilawannya di mahkamah tanpa berusaha untuk digugurkan (setakat yang saya tahu) kerana beliau kelihatan yakin dengan kebenarannya. Berjuang dengan fakta dan analisisnya. Pandangannya berhubung ekonomi sudah pasti melalui pengalamannya yang luas. Isu KWSP dan moratorium, pandangan beliau ada asas. Saya juga mempunyai pandangan, berdasarkan kajian rakan-rakan yang lebih arif. Soal pandangan siapa yang akan dipakai oleh kerajaan, itu terpulang kepada kerajaan. Dan saya yakin, apa jua keputusan nanti, ia untuk rakyat dan mengambil kira semua kepentingan.

Dato Seri Najib tetap saya hormati, dan pendiriannya meletakkan syarat untuk menyokong Belanjawan 2021, tetap saya tidak setuju. Pandangan saya, kita luluskan Bajet ini yang di dalamnya mengandungi wang untuk rakyat, frontliner, bayaran gaji, pelbagai peruntukan dan lain-lain. Jika tidak, bermula Januari 2021, semua perbelanjaan akan tergendala. Isu-isu kepentingan rakyat yang lain yang tidak tertakluk dalam Bajet 2021, kita minta berikan peluang kerajaan mengkaji dan umumkan dalam pelbagai pakej yang boleh dibuat selepas ini.

Dalam hal itu sahaja saya tidak bersetuju. Dan kerana itulah timbulnya contoh syarat Puteri dari gunung itu. Saya tidak bermaksud menyindir. Dan saya menyebutnya dengan penuh hormat. Jika ia mengguris, saya mohon maaf. Tetapi saya cuma bertujuan menyampaikan maksud dengan jelas.

Dato Najib bagi saya tetap seorang pejuang. Tidak ada apa-apa mengurangkan hormat saya kepada beliau. Dan isu ini, sudah tentu tidak sepatutnya diheret menjadi pertembungan UMNO – PAS. Jika ia berlaku, yang rugi nanti bukan sahaja kedua-duanya, tetapi rakyat.



Saya kekal menghormati hubungan UMNO – PAS. Dan menyokong belanjawan 2021 tanpa syarat, dan menyeru semua MP yang berada di blok kerajaan untuk turut menyokong Bajet ini tanpa syarat. Bukan kerana Bajet ini sempurna, tetapi itulah yang terbaik untuk memastikan kestabilan negara.


Gambar 2019 semasa PPBM tiada dalam radar Pas.

Jika anda bersetuju dengan saya, jauhilah komen-komen yang boleh membawa retaknya hubungan PAS – UMNO – PPBM. Dan sudah pasti saya tidak boleh menghalang komen yang tidak bersetuju dengan saya.

Nota : Sekiranya Pas ikhlas sepatutnya Pas menganggotai PN melalui MN. Bukan tinggalkan MN dan menyertai PN.

Najib balas balik ‘posting’ Fadli Shaari

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button