Mourinho buat jurulatih Lazio berang

ROME: Jose Mourinho sekali lagi mencetus kontroversi apabila dia didakwa mencemuh salah seorang pemain bawah 14 tahun Lazio ketika pemain itu mahu mengambil sepakan penalti ke atas Roma.

Mourinho, yang sejak dua tahun lalu membimbing pasukan utama Roma, dibuang padang buat kali ketiga musim ini ketika pasukannya tewas 1-0 di Cremonese Selasa lalu.

Dua hari sebelum itu, akhbar Romen, Il Messagero, mendakwa pengendali dari Portugal itu mencemuh salah seorang bintang akademi Lazio dan memberitahu pemain remaja Roma untuk berpura-pura cedera di atas padang.



Laporan berkenaan mendakwa Mourinho membuatkan jurulatih pasukan remaja Lazio berang

apabila dia mengebu Alexandru Milou dari belakang bangku simpanan Roma ketika pemain itu mahu mengambil sepakan penalti.

Kemudian, ketika pasukanya mendahului 2-1, dia didakwa menyuruh pemain-pemain Roma melambat-lambatkan masa dengan berpura-pura mengalami kekejangan.

Pengendali Lazio, Tobia Assumma dikatakan berdepan Mourinho dan memberitahunya: “Tidak saudara, ini bukan caranya.”



AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading