Penduduk terjejas banjir diminta utamakan keselamatan, segera berpindah

02/01/2021 06:11 PM

JOHOR BAHRU, 2 Jan — Penduduk yang terjejas banjir di negeri ini diminta mengutamakan keselamatan dan nyawa mereka serta mengikuti arahan pihak berkuasa untuk berpindah segera.

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata mereka tidak mempunyai untuk berasa risau tentang kebajikan mereka semasa di pusat pemindahan sementara kerana pihak berwajib telah menyediakan kemudahan yang selesa.



“Hujan dijangka berterusan sehari dua ini. (Justeru) saya menasihatkan supaya keluarga yang terlibat utamakan keselamatan keluarga.

“Saya tahu mereka mahu menjaga harta dan rumah mereka tetapi yang lebih penting ialah keselamatan dan nyawa mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai, di sini hari ini.

Hasni turut melawat PPS berdekatan iaitu SJK (C) Kuo Kuang, juga di Skudai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keenganan segelintir penduduk untuk mengikuti arahan berpindah oleh pihak berkuasa dan hanya berbuat demikian dan meminta bantuan pihak berkuasa setelah keadaan mendesak sehingga boleh mendatangkan bahaya.



Hujan sederhana lebat yang berterusan sejak awal pagi semalam (Jumaat) telah menyebabkan 1,000 orang daripada 274 keluarga terjejas banjir di empat daerah di Johor setakat 4 petang tadi berbanding 348 orang daripada 87 keluarga pada tengah hari.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button