ESSCom sahkan rompakan laut di Pulau Burung, libat kelompok dalaman

981e0dce3a5b6947c4dea6b7eec6f6205f69832b37635Ahmad Fuad Othman

KUNAK, 16 Nov — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan kejadian rompakan di sebuah bagang bergerak (tempat menangkap ikan) berhampiran Pulau Burung di sini, semalam, membabitkan tiga mangsa termasuk pengusaha bagang tersebut.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata dalam kejadian 3 pagi itu, sebuah bot dinaiki tiga suspek lelaki bertopeng dan berpakaian gelap dengan loghat asing menghampiri bagang berkenaan dengan tujuan merompak.

“Ketika kejadian dua mangsa berada di bahagian bawah bagang, manakala seorang lagi berada di atas bagang itu.



“Suspek merompak sebuah enjin 200hp, dua tong ais, dua telefon bimbit termasuk satu jerrycan berisi 25 liter minyak petrol,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Fuad, pihaknya percaya kejadian itu tidak membabitkan elemen luar tetapi merupakan suspek dari ‘kelompok dalaman’.

Katanya lagi, ESSCom ketika ini berusaha mengesan kesemua suspek yang dipercayai masih berada dalam perairan negara.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button