“DIA DAH RAPAT DENGAN ANAK SAYA” – ADAM SHAHZ PILIH 2021 AKHIRI ZAMAN DUDA

“Insya-Allah, kalau ada rezeki saya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Semua orang nak kahwin, walaupun ada pengalaman pahit sebelum ini, saya tidak rasa itu adalah pengakhiran saya.

Image_1.jpg

“Kalau semua berjalan lancar seperti yang dirancang, saya tidak kisah jika buat majlis sewaktu PKPB atau buat majlis kecil-kecilan lebih jimat. Sebenarnya dah setahun kami kenal, cuma kami semakin rapat mula September lalu.

“Biasa la tak ada apa nak buat kat rumah, saja kenal-kenal mana tahu jodoh,” kata pelakon Adam Shahz yang mendedahkan dia sudah mempunyai teman istimewa sejak beberapa bulan lalu selepas hampir empat tahun menduda.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 39, berkata, pengalaman gagal dalam rumah tangga sebelum ini tidak sedikit pun membuat dia serik untuk kembali bergelar suami.

Dalam pada itu, Adam bersyukur, anaknya Ivy Herra Sophia yang kini berusia lima tahun sudah mula menerima dan semakin rapat dengan kekasihnya itu.



“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana penerimaan terhadap anak itu nampak sangat positif. Dia pun rapat dengan anak dan suka budak-budak ni,” ujarnya lagi.

Image_3.jpg

Bagaimanapun, Adam Shahz berkata, dia akan memperkenalkan bakal isterinya itu kepada umum pada masa yang sesuai. Sementara itu, bercakap tentang kerjaya lakonannya, Adam berkata, dia baharu Sahara selesai penggambaran drama 26 episod yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Saya baru sahaja habis penggambaran drama 26 episod dan banyak filem yang dah selesai cuma production masih tak dapat nak keluarkan lagi disebabkan pandemik Covid-19 ni,” jelasnya.



Adam mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fatin Nur Afifah pada tahun 2013 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 5.

ANAK KEEMPAT SELAMAT DILAHIRKAN – JAMAL ABDILLAH PILIH 11.11, MUDAH DIINGAT



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button