AFIFAH ANAK BUNDA HETTY KOES ENDANG SELAMAT BERNIKAH
Sekitar pagi tadi, anak perempuan penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang iaitu Afifah Qomariah Yusuf akhirnya telah selamat disatukan dengan pasangannya, Faldo Arsanda Aziz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Jakarta.
Dalam majlis pernikahan yang dijalankan secara sederhana, tertutup dan mengikut protokol kesihatan pandemik Covid-19 itu, Afifah dan Faldo rasmi menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.
Puteri penyanyi yang terkenal dengan gelaran Bunda dan disayangi ramai sebagai juri tetap program Gegar Vaganza itu bernikah di Hotel Four Season, Jakarta.
Klik untuk gambar besar
Afifah menerima mas kahwin yang merupakan sepersalinan alat solat, satu set perhiasan emas berlian dan wang dari matawang Real 88 Saudi Arab Riyal yang dibayar tunai.
Sebaik mengetahui berita pernikahan Afifah, banyak yang memberi ucap tahniah buat Hetty Koes Endang dalam Instagramnya. Apa lagi, pelantun lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ itu turut memuat naik sepotong video saat proses akad nikah sang puteri dengan kekasihnya berlangsung.
Afifah dinikahkan sendiri oleh bapanya, M Yusuf dalam suasana santai: “Kita terus?,” kata Yusuf sambil menggengam erat tangan bakal menantunya. – “Sudah pernah”, usik Yusuf, dijawab Faldo: “Belum”.
Sebelum akad nikah pagi tadi, anak kedua Hetty Koes Endang ini menjalani adat bersiram semalam dan majlis dilakukan dalam beberapa acara mengikut adat Sunda serta Bugis.
Untuk makluman, Afifah, 24, bertunang dengan Faldo sekitar Jun lalu, juga dilakukan dalam protokol kesihatan kerana pandemik Covid 19.
“JANGAN FOLLOW AKAUN PALSU” – HETTY SARLENE AKAN BUAT LAPORAN POLIS