YDP Agong Beri Lampu Hijau Pada Azam Baki

YDP Agong Beri Lampu Hijau Pada Azam Baki

YDP Agong Beri Lampu Hijau Pada Azam Baki

 

YDP Agong, Sultan Ibrahim, secara simbolik menghadiahkan madu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika menghadap baginda di Istana Negara.

Ianya boleh dianggap sebagai memberikan lampu hijau kepada Azam Baki supaya memerangi rasuah without fear or favour.



“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees,” titah baginda di laman media sosial baginda.

Pada 19 Mac lepas, Sultan Ibrahim bertitah akan melaksanakan cara pemerintahan yang sebenar setelah hampir tempoh bulan madu.

Baginda juga mengingatkan bahawa baginda bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis.

Atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.



Umum mengetahui sikap tegas baginda dalam memerangi rasuah yang dilihat semakin berleluasa dan dilakukan secara bebas oleh pihak tertentu.

Tindakan simbolik baginda itu juga secara tidak langsung memberi mesej yang jelas kepada Azam Baki bahawa tindakan tegas SPRM ke atas bapa jerung mendapat restu baginda.

Sebagaimana yang ditegaskan baginda sebelum ini, pemerintahan baginda akan mengutamakan rakyat dan bukan 222 ahli parlimen.

Jenayah rasuah yang dilakukan oleh bapa jerung sudah pasti akan memberikan tekanan kehidupan seharian rakyat marhaen.



Jadi tidak hairanlah mengapa baginda sangat memusuhi jenayah rasuah.

Sejak Kerajaan Perpaduan memerintah, kita dapat menyaksikan beberapa bapa jerung telah diheret dan dihadapkan di mahkamah.

Namun, sebagaimana yang dikatakan perdana menteri, bukan mudah untuk mengheret bapa jerung ke mahkamah.

Sudah pasti bapa jerung akan menggunakan segala kekayaan dan pengaruh mereka untuk mengelakkan dari diheret ke mahkamah.



Dengan ketegasan pemerintahan baginda dan kerajaan serta keberanian serta iltizam SPRM, penulis yakin, akan ada lagi bapa jerung akan di heret ke mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah.

 

YDP Agong Beri Lampu Hijau Pada Azam Baki

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading