ZYNAKAL CERITA KISAH DISEBALIK NAMANYA – ‘ZYN AKAL’ BUKAN ‘ZYN NAKAL’

“Daripada pandangan orang sebelum ini, Zynakal itu adalah nakal. Semua ‘feedback’ yang dapat pada saya ialah nakal. Kemana-mana pun orang akan label saya nakal. Nama itu sebenarnya doa.

Image_1.jpg

“Bila dah jatuh, saya anggap itu peluang yang diberikan Allah untuk bangkit memperbaiki diri. Alhamdulillah, Allah bagi saya masa untuk renungkan semula apa yang saya pernah buat dulu. Ia ibarat satu ‘post mortem’ buat saya,” ujar penyanyi Zynakal.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 21, tidak menafikan perasaannya kini kembali tenang dan sangat positif berbanding dahulu apabila dia sering dipalit cerita sensasi serta berbaur negatif.



Anak saudara kepada penyanyi Zamani itu berkata dia menyedari namanya ‘dikenali’ dalam keadaan tidak seimbang dan kerap diselubungi kontroversi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Terdahulu penyanyi ini ditahan polis pada 28 Ogos tahun lalu selepas mengasari seorang pekerja stesen minyak. Dia juga didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.



Mahkamah Majistret Ampang kemudian mengenakan hukuman denda RM800 bagi kesalahan mendatangkan kecederaan dan tambahan denda RM2,000 atas kesalahan kedua terhadapnya.

Zynakal itu berkata, dia masih lagi berdepan depresi selepas tampil dengan lagu berjudul Sakit bersama Yonnyboii.

“Sekitar lapan bulan juga, saya berdepan masalah ini akibat pengambilan ubat. Akibat bipolar mania, saya aktif dan agresif. Orang cakap pun, saya melenting dan bergaduh sana sini.

Image_3.jpg



“Doktor bagi ubat untuk buat saya tenang. Tapi bila ambil terlalu banyak, saya jadi lemah. Sampai satu tahap, saya tak boleh bangun dan tulis lagu. Itu buat saya lagi hilang semangat,” katanya mengulas sejarah lalu.

Dia yang kini terbabit dalam lagu Langgar menerusi kerjasama dengan BATE, Caprice, Shou Raion dan Carlolitto berkata, pandangan terhadap namanya kini berubah.

“Zynakal itu sebenarnya bermaksud Zyn Akal. Dulu saya sukakan ayat nakal kerana kononnya nak memberontak dan berseronok. Saya rasa macam masuk industri untuk berseronok dan kena kejutan budaya.

“Selepas ini, saya akan berhati-hati dalam kelakuan dan bercakap. Diikutkan nama saya sebenarnya Zyn Akal tapi untuk Instagram memang kena guna @zynakal dan ini puncanya nama itu terus melekat,” tuturnya.



TEPIS SPEKULASI NAKAL, AZMIN ALI MUNCUL DI FACEBOOK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button