Banjir di Perak tambah baik, lebih 500 penduduk dibenar pulang

1d197dc25583277421a543ea0c1a4d8d5fb8c27d52a6cGambar fail

IPOH, 22 Nov — Banjir kilat yang melanda empat daerah di Perak bertambah baik apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang daripada 736 pada pukul 6 pagi tadi kepada 199 orang setakat pukul 1 tengah hari ini.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, empat PPS telah ditutup dengan tiga daripadanya di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) iaitu Masjid Toh Paduka, Ijok; Dewan Semai Bakti, Felda Ijok dan dewan orang ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau.

Katanya, kesemua 522 mangsa banjir yang ditempatkan di ketiga-tiga PPS itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir pulih dan keadaan selamat.



“Sebuah lagi PPS yang ditutup ialah di daerah Hilir Perak iaitu Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan selepas kesemua 15 penduduk mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Berikutan itu, kini hanya terdapat dua PPS masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di Bagan Serai dalam daerah Kerian yang menempatkan 152 orang daripada tujuh kampung antaranya Kampung Tebuk Panchur, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis dan Kampung Parit Abu Hassan Ban.

Sebuah lagi PPS yang masih dibuka ialah di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang dalam daerah LMS yang menempatkan seramai 46 mangsa banjir.

“Cuaca di Bagan Serai ketika ini hujan manakala di sekitar Taiping baik,” katanya.



Syarat Baharu UMNO Untuk Tambah Baik Kerjasama Politik – Ahmad Maslan 16 October 2020 Berita Utama


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading