AFF tingkat kerjasama bangunkan semula bola sepak pasca-COVID-19

9fd2b19a35c7cf11dbf9f4fc26568a565fbd53df3a790Photo Credit FB Football Association of Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) akan meningkatkan kerjasama dengan semua negara anggota badan itu dalam mencari jalan serta hala tuju sukan bola sepak pasca-COVID-19.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata semua pihak harus bersuara dalam mencari jalan terbaik buat industri bola sepak untuk kekal makmur seandainya COVID-19 tidak dapat dibendung sepenuhnya.

“Kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF agar dapat membantu ahli gabungan menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara terutama ketika berdepan senario ketidaktentuan COVID-19,” katanya dalam kenyataan selepas Kongres AFF ke-27 yang dijalankan secara maya hari ini.



Menurut Hamidin, kongres yang diadakan secara maya itu turut membincangkan agenda lain antaranya mengenai penyata kewangan untuk tahun berakhir 31 Dis 2019 dan laporan aktiviti badan induk itu sepanjang 2020.

Berikutan COVID-19, AFF pada Julai lepas mengumumkan penundaan baki semua kejohanan bola sepak dan futsal di bawah naungannya termasuk Piala AFF yang ditunda ke April hingga Mei tahun depan.

KAFA minta dedahkan empat individu terlibat dengan penipuan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button