Kisah Mira Filzah dan Booboo
Mira panggil suami, ingatkan kucing
Pada September lalu, Mira Filzah pernah ‘menghancurkan’ hati ramai jejaka di luar sana selepas mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar.
Selepas berkahwin, Mira dilihat sangat romantis. Ramai puji cara pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu melayan suaminya.
Baru-baru ini nama Mira sekali lagi trending dalam media sosial selepas tular sebuah video Instagram Story yang memaparkan dia memanggil Wan Emir dengan panggilan manja, Booboo (Bubu).
Comel sungguh panggilan Mira buat suaminya, lembut saja suaranya menyebut perkataan Bubu.
Pada awalnya, ramai yang menyangka Mira memanggil seekor kucing namun telahan netizen salah, rupa-rupanya Booboo adalah gelaran untuk suaminya.
Ramai yang menjadikan perkara itu gurauan dalam media sosial malah, ada juga netizen yang berkongsi nama kucing mereka Booboo.
Dalam pada itu Mira dicalonkan dalam enam kategori pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 yang bakal disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, esok, pelakon dan pengacara, Mira Filzah tidak tertekan.
Diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32, isteri kepada Wan Emir Astar ini akur dengan situasi semasa ketika rakyat berdepan penularan COVID-19 serta mula membiasakan diri mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.
Dilihat lebih tenang, Mira mengaku tidak meletakkan jangkaan untuk meraih mana-mana trofi.
Teras ABPBH adalah sokongan dan undian peminat. Dengan keadaan semasa penularan COVID-19, saya tahu masing-masing bergelut.
“Saya sudah beritahu kelab peminat, Miraclegacy untuk tidak meletakkan sebarang tekanan. Cukuplah mereka berusaha semampu. Ada rezeki… adalah.