BAPA REDA, MINTA NETIZEN BERHENTI SINDIR & KECAM DA’I SYED

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya yakin Allah sedang menguji kami sekeluarga tidak melebihi daripada had kemampuan hambanya. Samada bersalah atau tidak, itulah adalah teguran dari Allah dan tanda sayangnya Allah. Tanggapinya dengan positif dan muhasabah diri.

Image_1.jpg

“Saya reda apa yang berlaku, seperti yang pernah saya nyatakan sebelumnya, biarlah pihak yang berkuasa menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman,” demikianlah kata bapa kepada pendakwah bebas Da’i Syed, Syed Mohd Shaiful Jamalullail yang reda dengan kontroversi yang terpalit mengaitkan anaknya dengan dakwaan merogol seorang gadis baru-baru ini.

Jelas Syed Mohd Shaiful menerusi akaun Facebooknya, Seif Jamalullail pada Khamis, dia percaya Allah sedang menguji keluarganya. Dalam pada itu, Syed Mohd Shaiful meminta orang ramai agar menghentikan sindiran dan kecaman terhadap anak dan keluarganya berhubung kontroversi terbabit.



“Hentikanlah sindiran dan kecaman dan berandaian atas ujian ini. Setiap ujian itu datang secara tiba-tiba. Sesungguhnya setiap orang daripada kita ada anak atau keluarga dan sudah disediakan ujian dihadapannya dengan pelbagai rupa dan bentuk yang belum diketahuinya. Kita semua tidak sempurna. Hari ini kita nampak hebat dan mulia dimata manusia kerana aib kita belum terbongkar,” tambahnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Doa Syed Mohd Shaiful buat anaknya semoga tabah menghadapi ujian dan sentiasa tenang walau berdepan apa juga situasi: “Semoga Allah memberi ketenangan hati buat Iqmal dan kami sekeluarga, kerana ketenangan jiwa adalah raja segala kebahagian walau dimana saja posisi kita diletakkan.



“Saya sebagai seorang bapa mendoakan Iqmal tabah dalam menghadapi ujian ini dan jadikan Allah swt tempat pergantungan sepenuhnya. Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menzalimi hambanya,” ujarnya.

Terdahulu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail tampil membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Image_3.jpg

NETIZEN DAKWA DA’I SYED BAWA BALIK GADIS KE RUMAH & ROGOL?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button