Kanak-kanak lima tahun maut dicampak – Polis
Seorang saksi kejadian (baju warna pink) menunjukkan lokasi seorang kanak-kanak lelaki maut terjauh dari tingkat 4 di sebuah apartment di Danau Kota, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 Nov — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat sebuah apartment di Danau Kota, di ibu negara.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berlaku pagi tadi dan polis masih menyiasat punca kejadian selain pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian.
“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.
Bernama difahamkan butiran lanjut berhubung kejadian terbabit akan dimaklumkan dalam kenyataan media oleh polis Wangsa Maju.
KEJAM!!! BAYI DICAMPAK DARI TINGKAT 3 DI PULAU PINANG