Kastam zahir penghargaan kecekapan polis tahan tiga lelaki bantu kes ugut pegawainya

46fd0ad5074f4c9c2aec556efd7718395fc3cdb013327Anggota polis mengawal keadaan kediaman seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, yang mendakwa menerima peluru hidup dalam satu bungkusan yang disertakan dengan nota berunsur ugutan, menyebut “got two bullets, one long one short, which one you want” pada Khamis, di Jalan Matang, Kuching.

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Ugutan bunuh keatas seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Sarawak Khamis lepas dipercayai berpunca daripada tindakan pegawai berkenaan yang mengetuai operasi di Pelabuhan Rajang dan Pelabuhan Bintulu sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata operasi di dua pelabuhan berkenaan antara 21 Okt dan 13 Nov lepas, berjaya membawa kepada rampasan barang seludup yang bernilai kira-kira RM2.64 juta, dengan anggaran jumlah cukai dan duti terlibat dianggarkan RM655,301.

Beliau menegaskan pihaknya akan terus menjalankan amanah menjaga keselamatan dan hasil negara melalui penguatkuasaan yang ketat dan tidak berkompromi dengan ancaman daripada mana-mana anasir yang ingin mengganggu gugat kedaulatan serta keselamatan negara.



“Jabatan Kastam turut memandang serius sebarang bentuk ugutan atau ancaman ke atas pegawai-pegawainya,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Abdul Latif seterusnya merakamkan penghargaan kepada pihak polis yang berjaya menahan tiga individu disyaki terlibat menghantar nota ugutan itu, bagi membantu siasatan.

Jumaat lepas, polis Sarawak mengumumkan penahanan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap seorang pegawai kanan kastam yang menerima dua butir peluru hidup beserta nota yang bertulis “got two bullets, one long one short, which one you want” di kediamannya di Jalan Matang, Kuching.

Kastam patah cubaan seludup 9 juta batang rokok di Pelabuhan Klang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button