DAPAT JOB DENGAN DSV – AZWAN ALI TANYA PENDAPAT, NETIZEN MINTA TERIMA

“JUST DAPAT OFFER JOBS. TEMUKAN 2 NAMA TER VIRALLL INI ! #OMG. PATUT KER DIVA AA ACCEPT ? DUIT YG ADA PUN SAMPAI MATI MAKAN TAK HABIS ! SO ?,” demikianlah tulis pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Image_1.jpg

Rezeki Azwan kini semakin mencurah-curah selepas kembali mengacara dalam musim kedua program realiti terbitan TV3, Lagu Cinta Kita (LCK2). Azwan menjadi bualan ramai dan menerima pujian apabila tampil profesional di pentas tersebut.

Terbaru, Azwan dikatakan menerima satu tawaran untuk menjadi pengacara untuk program game show. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Azwan memaklumkan mengenai berita gembira itu. Lebih menjadi perhatian, Azwan berkata dia bakal bergandingan dengan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Azwan sempat meminta pendapat daripada peminatnya sama ada perlu atau tidak dia menerima tawaran tersebut. Rata-rata netizen meminta menerima tawaran tersebut dan tidak sabar melihat kedua diva itu beraksi.

Dalam pada itu, netizen turut meminta supaya Azwan tetap tampil profesional meskipun sebelum ini mereka berdua pernah terpalit dengan kontroversi panas dan bercakaran.



Pada Februari lalu, DSV meluahkan rasa terkilan apabila Azwan telah membakar minyak wangi yang diberi olehnya berikutan berlaku salah faham di antara mereka berdua sehingga menyebabkan pengacara sensasi itu bertindak sedemikian.

Image_3.jpg

DAKWA DIHALANG DSV – BAPA KANDUNG CIK B, KACAK FAILKAN TUNTUTAN HADHADAH



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button