MAJLIS TAHNIK & CUKUR JAMBUL CUCU PERTAMA SELESAI – NORA LUAH SYUKUR
“Alhamdulillah syukur pada Allah swt selesai tahnik & cukur rambut yg kami buat among family saja utk Ayden Johan yg dah masuk 3 bulan. Maaf tak dapat jemput saudara mara & sahabat sbb MCO.😅 Sebagai Wan, saya terasa amat sayu, syukur dpt kongsi & buat moment ni utk cucu pertama, bersama anak2 menantu & besan tersayang.
“Rindu pada arwah Johan & Alif hanya Tuhan saja yg tahu.😔 Moga Ayden Johan membesar menjadi anak yg soleh & berjaya dunia akhirat. In Shaa Allah.
“Tq @megaeventcatering @secukuprasabynora kerana menyediakan menu yg sedap2 utk kami. Terima kasih buat semua yg mendoakan kami. @mosyi.johan @eilyasofea @azlena_tay,” demikianlah kata penyanyi Nora Ariffin yang memaklumkan dia bersama keluarga besarnya telah pun selamat menganjurkan majlis tahnik buat cucu sulungnya, Ayden Johan yang kini sudah mencecah usia tiga bulan pada Sabtu.
Klik untuk gambar besar
Nora menerusi pautan video yang dimuat naik bersama beberapa foto sekitar majlis di laman Instagram miliknya itu turut menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar.
Penyanyi ‘Hanya Satu’ ini pada masa sama turut mendoakan agar cucu lelakinya itu membesar sebagai anak soleh. Ayden Johan ialah cahaya mata pertama sulung Nora, Mohd Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.
Untuk makluman, Ayden Johan ialah cahaya mata pertama sulung Nora, Mohd Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.
PERSIAPAN KAHWIN LEBIH 50 PERATUS – AYDA JEBAT MOHON DOAKAN LANCAR