AZMIN ALI PERLU JAWAP DAKWAAN KHAIRUDDIN
Beranikah Azmin Ali Saman Khairuddin Abu Hassan?
Semalam Mahathir telah menafikan dakwaan Azmin Ali dalam temubual dengan wartawan mengenai kewujudan Perikatan Nasional. Dengan mengemukakan jawapan, Mahathir tidak lupa menyelit nama Najib Razak sebagai ‘punca’ kejatuhan Pakatan Harapan.
Khairuddin Hassan Cabar Azmin
Seorang bekas calon Pru14 Pakatan Harapan, Khairuddin Abu Hassan pula menempelak dakwaan Azmin Ali terhadap Mahathir. Dalam tulisannya, Khairuddin turut mendakwa beliau antara yang berada bersama satu kumpulan politik dinamakan ‘C5’.
C5 diwujudkan bagi mencari formula pembentukan ‘kerajaan perpaduan’ sekaligus mengekalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Dalam banyak perkara yang ditulis Khairuddin, ada satu dakwaan berkaitan satu video kontroversi melibatkan Azmin Ali.
Menarik sekali apabila Khairuddin menulis bagaimana Mahathir mempertahankan Azmin Ali daripada diserang dengan isu video kontroversi sebanyak 5 kali.
Khairuddin turut mencabar Azmin Ali untuk berdebat dengannya namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan Azmin. Dakwaan Khairuddin berkaitan video kontroversi dan bagaimana Mahathir mempertahankannya juga perlu dijawap tuan punya badan. Dr Mahathir turut menulis mengenai video kontroversi yang dikaitkan dengan Azmin semalam.
Membaca dakwaan Khairuddin yang mahu terbang ke United Kingdom dan Amerika bagi mencari kesahihan samada video kontroversi itu palsu atau tulen sebenarnya mengejutkan ramai pihak. Adakah selama ini Pakatan Harapan sengaja menyorokkan perkara tersebut? Nampaknya Khairuddin dan Dr Mahathir perlu juga menjawap persoalan yang berlegar di kalangan rakyat apabila membuat dakwaan pemimpin dikaitkan mempunyai video kontroversi.