Insiden tembak anggota PGA: Perintah reman tiga warga Thailand disambung

c8feebf67a244dd38fdb3c2b8547ee065fc606c7da69c

KANGAR, 1 Dis — Polis mendapat kebenaran mahkamah untuk menyambung reman selama tujuh hari bermula hari ini, terhadap tiga lelaki warga Thailand berhubung insiden berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 Nov lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas berkata pelanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan ketiga-tiga suspek berumur 34 hingga 38 tahun itu selepas tempoh reman terhadap mereka tamat hari ini.

Pada 24 Nov , seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.



“Tiada tangkapan baru dilakukan setakat ini melibatkan saki-baki kumpulan penyeludup dan siasatan lanjut akan diteruskan, manakala tempoh reman 15 lagi suspek warga tempatan akan tamat esok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan cubaan membunuh.

Terdahulu, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan permohonan polis untuk tempoh lanjutan reman terhadap ketiga-tiga suspek terbabit.

Polis tahan 7 lagi individu kes tembak Banting



 

Polis tahan 7 lagi individu kes tembak Banting



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button