Pemain, petugas Newcastle dijangkiti COVID-19, perlawanan bertemu Aston Villa ditangguhkan
Pemain, petugas Newcastle dijangkiti COVID-19, perlawanan bertemu Aston Villa ditangguhkan
LONDON, 2 Dis — Liga Perdana Inggeris (EPL) menangguhkan perlawanan Jumaat ini (4 Dis) antara Aston Villa dan Newcastle United (Newcastle) kerana beberapa pemain dan kakitangan Newcastle dijangkiti COVID-19.
Ia perlawanan EPL pertama yang dibatalkan disebabkan COVID-19 sejak dimulakan kembali pada Jun, lapor Agensi Berita Xinhua.
“Newcastle membuat permohonan kepada EPL untuk mengatur semula perlawanan berikutan peningkatan ketara dalam kes COVID-19 di kelab itu dan pihak berkuasa kesihatan menasihatkan supaya pusat latihan mereka terus ditutup.”
“Ia dipersetujui EPL, berikutan kelab tidak dapat berlatih dan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan mereka pada Jumaat,” kata EPL dalam satu kenyataan yang menjelaskan keputusan itu diambil “dengan mengutamakan kesihatan pemain dan kakitangannya.”
Selepas aksi terakhir Newcastle pada 27 November yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace, jurulatih pertama pasukan, Steve Bruce mengesahkan kelab itu mempunyai tiga pemain yang menjalani kuarantin kendiri dan disahkan positif dalam ujian berikutnya pada hujung minggu, menyebabkan kelab menutup pusat latihan pada Isnin
Tambah EPL semua pemain dan staf latihan bakal diuji sekali lagi minggu ini dan perlawanan akan dijadualkan semula dalam waktu terdekat.
Gundogan akui berubah selepas dijangkiti COVID-19