Gundogan akui berubah selepas dijangkiti COVID-19

Hebahkan !!!

LEIPZIG, Jerman: Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan berkata dijangkiti COVID-19 mengubah pandangannya terhadap wabak berkenaan ketika dia bersedia mewakili Jerman.

Pemain berusia 30 tahun itu terlepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada September selepas positif COVID-19 yang diakuinya mengubah cara pemikirannnya.

“Saya tidak mengambil serius coronavirus sebelum sakit. Selepas itu pandangan saya berubah,” kata Gundogan menjelang saingan persahabatan awal pagi esok waktu Malaysia menentang Republik Czech di sini.

“Ia bukan saja menyerang anda secara fizikal tetapi juga psikologi.”

Ia suatu ‘tempoh yang sangat tidak selesa’ buat pemain tengah itu yang merasa ‘sangat teruk’ dan ‘hilang terus deria rasa’.

Gundogan sudah sembuh dan kembali ke `rentak biasa’ selepas meledak dua gol dalam tiga perlawanan terakhir Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, panggilan telefon daripada datuknya di Turki yang bimbang ketika dia sakit, mengejutkannya.

“Bagi saya, adalah sesuatu yang teruk apabila datuk saya menghubungi dan menangis ketika bercakap di telefon,” kata Gundogan.

“Ia menunjukkan kepada saya bahawa dia sangat bimbang mengenai saya, juga kepada dirinya. Saya tidak akan melupakan perbualan itu kerana ia begitu menyentuh hati saya,” katanya.

– AFP

Leave a Reply

%d bloggers like this: