Polis Melaka buru peguam pecah amanah urusan jual beli hartanah

08/12/2020 07:52 PM

MELAKA, 8 Dis — Polis Melaka sedang memburu seorang peguam lelaki berusia 39 tahun dipercayai terbabit dalam lima kes penipuan dan pecah amanah membabitkan urusan jual beli hartanah di sekitar negeri ini bernilai kira-kira RM497,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Supt E .Sundra Rajan berkata kesemua mangsa berusia antara 50 dan 70 tahun itu telah membuat laporan polis antara 4 hingga 6 Dis lalu, selepas menyedari ditipu lelaki terbabit yang dikenali sebagai Kingsley Wambeck.



Katanya, kesemua mangsa telah melantik peguam yang dikenali sebagai Kingsley Wambeck bagi menguruskan proses penjualan dan pembelian hartanah mereka.

“Mangsa juga mendakwa wang penjualan rumah milik mereka sebanyak RM350,000 selain wang deposit pembelian rumah berjumlah RM147,000 telah disalah guna oleh peguam terbabit.

“Kesemua mangsa juga mendapati firma guaman itu yang beroperasi di Taman Megah, Bukit Beruang telah ditutup dan suspek telah menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sundra Rajan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.



Beliau berkata polis meminta bantuan orang awam yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai peguam berkenaan untuk menghubungi pegawai penyiasat JSJK IPK Melaka iaitu Insp Mohd Yassar Ishak di talian 017-6806680, Insp Izrayasrina Mohamad Saad (012-6773402) dan Insp Koet Pei Ing (016-4121209).

Taikun hartanah Ting Pek Khiing meninggal dunia




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading