SFMM35 DITERUSKAN TERIMA BANTAHAN – HAZIQ HARAP NETIZEN FAHAM, CARI REZEKI

Umum mengetahui mengenai episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) yang sebelum ditangguhkan selepas penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Terkini, pengumuman episod ketiga SFMM35 bakal berlangsung pada 15 Disember depan. Namun begitu, pengumumkan tersebut bagaimanapun telah mengundang kritikan segelintir netizen yang mahu program itu dihentikan.

Sebagai pengacara program itu, Haziq, 30, berharap netizen memahami pekerjaan penggiat seni yang mahu mencari rezeki. Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata, dia menyedari ramai pihak yang bimbang namun mereka mengambil apa yang berlaku sebagai pengajaran.



“Netizen perlu faham, semua artis niat keluar rumah untuk mencari rezeki seperti orang biasa. Ini merupakan sumber pendapatan kami. Kalau tak ada kerja, kami tak ada gaji.

“Kami yang mana terlibat pada malam SFMM35 tak minta pun benda ini jadi dan kami dah lakukan yang terbaik dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Apa netizen nak kata, saya tak boleh nak halang.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Saya faham mereka risau… kami pun bimbang. Tapi kami semua mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku dan akan lebih berjaga-jaga lagi lepas ini,” kata Haziq.

Sebelum ini, episod SFMM35 yang sepatutnya berlangsung pada 22 November lalu ditunda berikutan penyanyi Alif Satar positif Covid-19 selepas membuat persembahan di pentas program itu.

Semua pihak yang terlibat termasuk penyanyi yang membuat persembahan pada episod pertama dan kedua turut melakukan ujian saringan Covid-19 serta menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, penyampai radio Hot FM ini meluahkan rasa syukur keputusan ujian saringan yang dilakukan negatif dan tempoh kuarantin yang dilakukannya sudah tamat pada Khamis.



Image_3.jpg

“Alhamdulillah, tempoh 14 hari dah tamat dan keputusan swab test negatif. Dari hari pertama kuarantin, saya berada dalam keadaan yang sangat baik dan tidak mempunyai apa-apa simptom Covid-19.

“Selama saya kuarantin di rumah, saya memang duduk dalam bilik sahaja, mandi, makan semua dalam bilik dan memang tak pergi mana-mana. Yang saya sedih cuma tak boleh nak dekat dengan isteri dan anak-anak, hari-hari anak saya ketuk pintu bilik sebab dia tahu saya ada dekat dalam,” ujarnya.

Sementara itu, Haziq memberitahu tempoh kuarantin itu juga memberi peluang untuk dia berehat seketika daripada kerja: “Ramai yang mesej cakap, dah tiba masa saya rehat sebab dah dua tahun saya tak bercuti. Bagi saya, ini semua aturan baik daripada Yang Maha Esa. Tapi biasa la sebagai ketua rumah, tanggungjawab saya besar.



“Saya tak sabar nak keluar rumah cari rezeki. Lagipun kerja macam saya kalau ada kerja baru ada gaji. Sepanjang tempoh kuarantin itu, saya tak ada la gaji,” jelasnya lagi.

Image_4.jpg

“KALAU POPULAR TAPI PEMINAT TAK UNDI, ITU TAK DIKIRA LAYAK MENANG” – CHUBB-E



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button