RUMAH MEWAH DUA TINGKAT – ALIFF SYUKRI SEDIH KEJUTAN TAK KESAMPAIAN, ISTERI DIKUARANTIN
Jika anda sering mengikuti laman sosial Datuk Seri Aliff Syukri, pasti tahu usahawan kosmetik itu sering berkongsi kehidupannya mewah kepada umum.
Meskipun ada yang kurang gemar dengan sikap Aliff yang didakwa suka menunjuk, namun ramai yang menjadikan beliau sebagai contoh seorang yang mementingkan keluarga.
Baru-baru ini, Aliff menghadiahkan isterinya, Datin Nur Shahida sebuah rumah baru terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor sebagai tanda pengharga buat isterinya yang sudah bersusah payah memajukan perniagaan mereka.
Menerusi video dikongsikan, Aliff berkata dia sepatutnya membuat kejutan tetapi isterinya perlu menjalani kuarantin di rumah susulan adiknya disahkan positif Covid-19.
Kata Aliff lagi, dia memilih untuk menghadiahkan rumah kerana ia merupakan aset yang tidak akan menurun harganya serta mahu gembirakan isterinya yang sentiasa disisinya ketika susah mahupun senang.
Klik untuk gambar besar
“Lawa tak?? Suprise utk wife yg tak kesampaian. Sedih sangat sepatutnya saya melihat rumah yang saya nak hadiah kan ini dengan @shahidadherbs tetapi sebab adik dia @shaiful_rashid kena fositif covit dia x leh keluar dr rumah atas arahan kkm..
“Harinsy selamat melihat 7unit rumah sy di sini yg dah siap yg sy nak sewakan murah2 wussp no 0193146133 kalau nak sewa.. Bagi sy Dan nak senang untuk berjaya kita kene bijak berbelanja jangan terlalu hayal dengan membeli barang-barang yang tidak berfaedah.
“Bagi saya propety adalah aset yang tak pernah jatuh harga sebab itu saya menghadiakan untuk isteri saya. Rumah ini saya belikan untuk dia tanda penhargaan saya dengan dia. Semoga dia gembira. Oleh itu kami senang dan susah bersama-sama.. tag suami korang hadiahkan rumah lagi untung,” tulis Aliff.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi sikap usahawan itu yang sentiasa menghargai isteri serta mendoakan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.
BILA ALIFF SYUKRI BUAT KEJUTAN, HADIAHKAN KERETA IMPIAN BUAT IBU MENTUA