SITI SALEHA TAK SANGKA TERIMA ANUGERAH ASIA MODEL AWARDS 2020

“Ini berita indah yang saya terima. Di kala pandemik ini, saya tidak sangka boleh menerima anugerah ini. Jadi saya ingin berkongsi berita ini dengan rakyat Malaysia.

“Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang anda semua,” kata pelakon Siti Saleha yang tidak menyangka dirinya dinobatkan sebagai penerima trofi Asia Model Awards 2020 yang akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan hari ini.

Siti Saleha, 30, memenangi anugerah itu bersempena Festival Model Asia ke-15 (AMFA) 2020 yang dianjurkan oleh Asia Model Festival Organizing Comittee (AMFOC).



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Saleha berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya kelmarin. Pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ itu turut berkongsi beberapa keping gambarnya memegang trofi tersebut.

Difahamkan trofi tersebut merupakan penganugerahan pada peringkat antarabangsa yang pertama diterima oleh pelakon kacukan Melayu-Inggeris tersebut. AMFOC merupakan anggota bawah Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan.



Pada tahun lalu, pelakon kacukan Sri Lanka-Scotland, Amelia Henderson dinobat sebagai Model of The Year menerusi Anugerah Festival Model Asia ke-14 2019 yang turut berlangsung di Seoul.

SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button