LAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-11: “KENAL AWEK NI AWAL 1999, KAWAN SEKOLAH KAN.. KAPEL TERUS”

Hebahkan !!!

Kisah percintaan dari zaman sekolah hinggalah berakhir di jenjang pelamin, nampaknya zaman sekarang ni mungkin sudah jarang kita mendengarnya.

Namun bagi penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, kisah tersebut adalah peristiwa yang sungguh indah untuk dikenang kembali.

Berkongsi sekeping gambar di zaman persekolahannya di laman Instagram miliknya, Lan berkongsi kisah kenangan bersama isterinya, Nur Sheila Hassim. Gambar tersebut dimuat naik sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada 5 Disember 2009.

“Kenai awek sebelah ni awai tahun 1999. Kawan sekolah kan. Kapel terus. 10 tahun jugak la tempoh perkenalan sebelum ke jinjang pelamin. Dugaan dia.. fuhhh.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Tapi itulah namanya jodoh. Alhamdulillah. 5 Disember 2009 adalah tarikh kami berdua diijab kabul. Dan tahun ni adalah ulang tahun perkahwinan ke 11 kami. Yeay! Happy anniversary sayang, Sheila Razlan. Love you sampai jannah! Amin,” tulis Lan mengingat kembali.

Hasil perkahwinan mereka berdua, penyanyi yang pernah menduduki tempat ketiga Gegar Vaganza musim yang keempat ini mempunyai empat orang cahaya mata.

Selain daripada menyanyi, Lan dan isterinya turut mengusahakan pasaraya Solo Borneo Mart yang kini sudah mempunyai dua buah cawangan.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: