TAHANAN REMAN DILANJUTKAN – POLIS TERIMA LAPORAN CABUL & SEKS LUAR TABII

Selepas ditahan semula oleh polis Petaling Jaya, hari ini, tahanan reman seorang personaliti program televisyen berhubung kes salah laku seks di Shah Alam terhadapnya dilanjutkan.

Menurut laporan Awani, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan semula berhubung dua laporan membabitkan satu dakwaan merogol dan satu lagi cabul dan seks luar tabii.

Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya akan membawa suspek ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin untuk mendapatkan perintah reman bagi dua laporan itu.



“Kita tahan semula suspek berhubung dua laporan di Petaling Jaya dan akan membuat permohonan reman esok,” katanya di sini, pada Ahad.

Suspek yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti berkonsep agama pada 2016 ini direman sehingga Ahad bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Nik Ezanee mengesahkan, pihaknya menerima dua lagi laporan polis terhadap selebriti itu. Kes rogol dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.

Dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa diajak keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam sebelum diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana dan dirogol.



Kes kedua berkaitan cabul dan seks luar tabii pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta yang juga berusia 22 tahun pada 17 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan. Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.

DILANJUTKAN LIMA HARI TAHANAN REMAN – PENDAKWAH SELEBRITI NAFI SEMUA PERTUDUHAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button